Page 724 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 724

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               sebagainya.  BM  berperanan  mengukuhkan  perpaduan  antara  kaum  dan  keturunan  serta
               perpaduan politik. BM juga amat penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi, sains komputer

               selain  dijadikan  bahasa  ilmiah.  Peranan  BM  dalam  membentuk  perpaduan  dapat
               dibincangkan  melalui  pendidikan,  masyarakat,  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  dan  media
               massa.


               Peranan BM Melalui Pendidikan

               Sebagai  negara  bangsa,  peranan  BM  dalam  pendidikan  amat  penting  sebagai  bahasa
               pengantar di sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi awam. Kepentingan BM
               dapat  dilihat  dalam  Akta  Pendidikan  1996,  Perkara  17  yang  menyatakan:  “Bahasa

               Kebangsaan  hendaklah  menjadi  bahasa  pengantar  utama  di  semua  institusi  pendidikan
               dalam  sistem  pendidikan  kebangsaan  yang  ditubuhkan  di  bawah  seksyen  28  atau mana-

               mana  institusi  pendidikan  lain  yang  dikecualikan  oleh  Menteri  daripada  subseksyen  ini”.
               Peranan  BM  sebagai  bahasa  ilmu  dan  bahasa  perpaduan  terus  diberi  penekanan  dalam
               Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh Kementerian

               Pelajaran  Malaysia  (KPM)  bagi  membantu  memantapkan  lagi  perpaduan  negara  bangsa.
               PIPP ini mengandungi 6 teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan,
               memperkasakan  sekolah  kebangsaan,  merapatkan  jurang  pendidikan,  memartabatkan

               profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
                       Pembinaan  negara  bangsa  bagi  sebuah  negara  berbilang  kaum  seperti  Malaysia
               adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan peraturan secara

               bebas  dan  pantas  bukan  sahaja  maklumat,  modal  serta  manusia  tetapi  juga  sistem
               nilai,budaya  dan  kepercayaan  dari  pelbagai  negara.  Keupayaan membina  negara  bangsa

               bergantung kepada  perkongsian  nilai  serta  semangat  patriotisme,  lingua franca,  integrasi,
               kewarganegaraan dan demokrasi. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi
               usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan,integrasi

               nasional dan bahasa ilmu. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah menggerakkan
               gelombang  baru  iaitu  gerakan  memperkasakan  bahasa  kebangsaan,  memantapkan

               perlaksanaan  Dasar  Buku  Negara,  menyelaras  peranan  semua  pihak  terlibat  untuk
               menggiatkan  aktiviti  kebahasaan,  kesusasteraan,  pengkaryaan,  penterjemahan  serta
               mewujudkan  bahan  bahasa  dan  sastera  negara  dalam  usaha  memperkasakan  bahasa
               kebangsaan.


               Peranan BM Melalui Masyarakat Atau Sosial

               BM sebagai bahasa kebangsaan menjadi lambang jati diri sebagai rakyat Malaysia. Komuniti
               am ialah sekumpulan masyarakat yang berketurunan sama yang berkongsi nilai-nilai yang
               sama manakala komunikasi bahasa pula merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                703
   719   720   721   722   723   724   725   726   727   728   729