Page 750 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 750

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Selain itu, hasil kajian menunjukkan pengaruh rakan sebaya lebih ketara dalam kalangan
               pelajar lelaki lebih tinggi berbanding dengan dalam kalangan pelajar perempuan.


                       Hasil  daripada  dapatan  kajian  ini  menunjukkan  faktor  guru  mempunyai  nilai  yang
               tertinggi  iaitu  sebanyak  3.73.  Daripada  dapatan  kajian  ini  menununukkan  faktor  guru

               merupakan  faktor  yang  utama  yang  menyebabkan  pelajar-pelajar  terlibat  gejala  ponteng
               sekolah.  Dapatan  kajian  menunjukkan  guru  mata  pelajaran  pada  masa  kini  kurang
               menggunakan  bahan  bantu  mengajar  (BBM)  semasa  menjalankan  PdPC  selaras  dengan

               aktiviti PAK21. Guru yang mengajar dengan kaedah tradisional menyebabkan pelajar bosan
               atau  jemu  untuk  belajar mata  pelajaran  berkenaan.  Hasil kajian  ini  selaras  dengan kajian
               Johari dan Nik Selma (2017).



               CARA-CARA MENGATASI PONTENG SEKOLAH

               Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah ponteng dalam kalangan

               pelajar tingkatan 5. Ibu dan bapa sentiasa memerhati tingkah laku pelajar iaitu mengurangkan
               pergaulan bebas rakan sebaya memalui whatsapp, istagram dan facebook. Selain itu, ibu dan

               bapa  mengurangkan  aktiviti  harian  dan  memberi  kasih  sayang  yang  secukupnya  supaya
               anak-anak remaja tidak mengikut rakan sebaya untuk keluar dari rumah. Seterusnya, ibu dan
               bapa perlu menziarahi guru mata pelajaran setiap dua bulan sekali untuk mengenal pasti

               kelemahan dan kelebihan anak-anak remaja.

                       Sekolah ialah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan oleh semua anak-anak yang
               berumur  7  tahun  hingga  18  tahun.  Pihak  sekolah  khususnya  Penolong  Kanan  Hal  Ehwal

               Pelajar  perlu  melaksanakan  beberapa  pendekatan  atau  dasar  yang  baik  dengan  tujuan
               mengekalkan  sekolah  sebagai  pusat  ilmu  yang  baik  di  kaca  mata  dunia.  Selain  itu,  guru

               memainkan perana penting untuk merealisasikan pendidikan negara selaras dengan Dasar
               pendidikan.  Pengkaji  dapat  merumuskan  bahawa  guru-guru  mata  pelajaran  memainkan
               peranan yang penting dalam menangani masalah ponteng sekolah ini. Selain itu, guru mata

               pelajaran  menggunakan  pelbagai  kaedah  atau  aktiviti  PAK21  untuk  melahirkan  minat
               pelajaran mata pelajaran berkenaan. Seterusnya, pihak sekolah menggemblengkan atenaga

               bersama  dengan  PIBG  sekolah  untuk  menangani  masalah  disiplin  pelajar.  Perjumpaan
               anatara guru dan ibu bapa harus dipertingkatkan contohnya pihak sekolah akan mengadakan
               dialog akademik kepada ibu bapa tentang keputusan dan sikap pelajar. Dengan ini, masalah
               ponteng dapat dikurangkan dalam kalangan pelajar tingkatan 5. Seterusnya, pihak sekolah

               terutamanya  guru-guru  muda  menyediakan  laluan  akademik  di  merata-rata  tempat  untuk
               pelajar tingkatan 5 supaya dapat menimba ilmu dan mencungkilkan bakat dalam kalangan

               pelajar bagi sesuatu mata pelajaran.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                729
   745   746   747   748   749   750   751   752   753   754   755