Page 752 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 752

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   PENGAPLIKASIAN QIRAAT HAFS AN ‘ASIM: KAJIAN TERHADAP SISWA GURU
                 PENDIDIKAN ISLAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

                         Mohammad Shauqee bin Abd Aziz, Mohd Asri bin Che Ibrahim, Phd

                                Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Islam dan Moral
                                   Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                      Mohammad17-1055@epembelajaran.edu.my


                                                       ABSTRAK


               Bidang  al-Quran  merupakan  sebahagian  daripada  mata  pelajaran  Pendidikan  Islam  yang
               wajib dipelajari sama ada di sekolah Rendah atau Menengah di seluruh Malaysia.  Untuk

               mengajar bidang al-Quran supaya lebih berkesan seseorang guru mestilah menguasai ilmu
               tajwid dan ilmu qira’at.  Di Malaysia, qira’at yang diamalkan ialah qira’at Hafs an ‘Asim. Kajian
               ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah penguasaan dan pengaplikasian qira’at Hafs an

               ‘Asim  dalam  kalangan  siswa  guru  Pendidikan  Islam  IPGKDRI.  Untuk  itu,  pengkaji  telah
               menjadikan  siswa  guru  Pendidikan  Islam  semester  8  sebagai  responden  kajian  kerana

               mereka telah mengikuti kursus Pengajian Tarannum dan Qiraat (PIM1044) dan kursus elektif
               Tilawah  dan  Tahsin  al-Quran  (TTQK3013).  Kajian  ini  berbentuk  kualitatif  dengan
               menggunakan instrumen temubual, pemerhatian dan analiisis dokumen. Temubual dilakukan

               secara struktur dan separa struktur. Hasil kajian mendapati penguasaan siswa guru tentang
               ilmu qira’at Hafs an ‘Asim berada pada tahap baik kerana responden dapat menjawab soalan

               tetapi tidak secara mendalam. Dapatan kajian bagi pengaplikasian pula berada pada tahap
               amat baik kerana responden dapat membaca setiap ayat yang diberikan dengan tepat dan
               menghuraikan  bagaimana  cara  bacaannya.  Implikasi  kajian  ini  dapat  memberi  maklumat

               kepada pihak berwajib dalam menambahbaik Amalan profesionalisme Perguruan di Institut
               Pendidikan Guru di seluruh Malaysia.



               Kata kunci: Penguasaan, Aplikasi, Qiraat, Hafs an ‘Asim, Siswa guru


               PENGENALAN


               Menurut  (Daud,  2013)  Al-Quran  diturunkan  kepada  nabi  Muhammad  SAW  melalui  dua
               peringkat. Peringkat pertama, Al-Quran yang tercatat pada al-Luh al-Mahfuz itu diturunkan
               kepada Bayt al ‘izzah di langit pertama pada malam lailatul qadar dengan sekaligus. Peringkat

               kedua  pula  Al-Quran  yang  disimpan  pada  Bayt  al  ‘izzah  itu  pula  disampaikan  kepada
               Rasulullah  SAW secara  beransur-ansur  melalui  malaikat  Jibril  a.s  sempena  peristiwa  dan

               keadaan yang berlaku. Proses penurunan Al-Quran di peringkat ini mengambil masa lebih


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                731
   747   748   749   750   751   752   753   754   755   756   757