Page 753 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 753

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Madinah. Hal demikian adalah
               untuk memudahkan hafalan dan amalan selain menunjukkan bahawa Al-Quran itu bukanlah

               ciptaan dari buatan manusia.

                       Disebabkan Islam tersebar dengan luasnya sehingga menjangkau ke kawasan yang

               lain maka terjadi beberapa keadaan di mana terdapat sebahagian ayat Al-Quran yang dibaca
               dengan gaya yang berbeza disebabkan perbezaan lahjah. Perkara ini juga sudah terjadi pada
               zaman  Rasulullah  di  mana  Umar  al  Khattab  dan  Hisyam  bin  Hakim  mempersembahkan

               bacaan mereka kepada Rasulullah untuk baginda tentukan jawapan mengenai khilaf bacaan.
               Namun  Rasulullah  mengiktiraf kedua-dua  bacaan  mereka.  Ini  bermakna kekhilafan  dalam
               bacaan Al-Quran itu adalah perkara yang dibolehkan oleh Rasulullah dengan syarat-syarat

               tertentu. Atas sebab inilah munculnya ilmu qiraat. Antara tokoh ilmu qiraat yang terkenal ialah
               Imam  As-Syatibi  dan  juga  Imam  Ibnu  Al-Jazari.  Qiraat  yang  digunakan  oleh  penduduk
               Malaysia dalam bacaan Al-Quran sejak dahulu ialah qiraat Hafs an ‘Asim.



               PERNYATAAN MASALAH


               Bagi siswa guru major Pendidikan Islam mereka telah mempelajari bidang Al-Quran sejak dari
               bangku  sekolah  rendah  sehingga  ke  bangku  pengajian  tinggi  iaitu  semasa  di  Institut
               Pendidikan Guru (IPG). Semasa di IPG terdapat beberapa kursus berkaitan bidang al-quran

               yang  disediakan  untuk  siswa  guru  major  Pendidikan  Islam.  Antara  kursus  tersebut  ialah
               Pengajian Tarannum dan Qiraat, Pengajian Tafsir Al-Quran dan Ulum Hadis serta Tarannum

               dan hafazan Al-Quran. Jadi, adakah sepanjang pengajian dalam bidang Al-Quran tersebut
               siswa guru Pendidikan Islam mengetahui qiraat yang dibaca sepanjang hari. Adakah siswa
               guru faham dan mengikut kaedah yang tepat dalam pembacaan Al-Quran menerusi qiraat

               tersebut.  Seterusnya,  adakah  siswa  guru  Pendidikan  Islam  mengamalkan  apa  yang  telah
               dipelajari pada kursus Tarannum dan Qiraat sebelum ini pada Program Percubaan Ijazah
               Sarjana Muda (PPISMP) semester dua dan kursus Tilawah dan tahsin al-Quran bagi kursus

               elektif.

                       Di  Malaysia,  Dokumen  Standard  Kurikulum  Pentaksian  (DSKP)  untuk  subjek

               Pendidikan  Islam  bagi  sekolah  rendah  telah  memeruntukkan  sebanyak  tiga  masa  setiap
               minggu untuk bidang Al-Quran dan peruntukan tersebut tidak termasuk tasmik. Ini bermakna
               bidang qiraat Hafs an ‘Asim amat penting untuk dikuasai oleh siswa guru Pendidikan Islam
               untuk memastikan pelajar dapat membaca Al-Quran mengikut kaedah qiraat Hafs an ‘Asim

               dengan betul.





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                732
   748   749   750   751   752   753   754   755   756   757   758