Page 754 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 754
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui dan meneliti dengan lebih jelas
akan pengaplikasian qiraat Hafs an ‘Asim dalam kalangan siswa guru major Pendidikan Islam
yang di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Oleh itu, terdapat beberapa
sub-objektif yang telah dipecahkan untuk memudahkan kajian. Antara objektif tersebut ialah:
1. Untuk mengkaji tahap penguasaan qiraat Hafs an ‘Asim dalam kalangan siswa guru
pendidikan Islam di IPG KDRI.
2. Untuk mengkaji pengaplikasian bacaan qiraat Hafs an ‘Asim oleh siswa guru
pendidikan Islam semasa di IPG KDRI
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan penyataan masalah kajian yang telah dikemukakan sebelum ini, penyelidik
berharap soalan-soalan berkaitan pemboleh ubah yang dikaji bakal dijawab. Antara soalan
tersebut ialah:
1. Sejauh manakah penguasaan siswa guru Pendidikan Islam IPG KDRI tentang
bacaan qiraat Hafs an ‘Asim?
2. Sejauh manakah pengaplikasian siswa guru dalam bacaan qiraat Hafs an ‘Asim?
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kajian berbentuk kualitatif. Reka bentuk kajian
kualitatif digunakan oleh pengkaji kerana kaedah ini lebih bersesuaian dengan kajian yang
berkaitan dengan Sains Sosial. Menurut Denzin & Lincoln (1998) melalui Hasuria, Rokiah,
Syed Zainal dan Noriah (2009) kajian kualitatif dapat memberikan pengkaji dapatan secara
semula jadi, memahami keadaan sebenar dan dapat menafsir sesuatu fenomena yang
ditunjukkan oleh subjek.
Persampelan
Dalam pemilihan sampel, pengkaji telah memilih sampel dalam kalangan siswa guru PISMP
Pendidikan Islam daripada semester 8 yang telah menjalani kursus PIM1044 (Pengajian
Tarannum dan Qiraat) dan elektif TTQK3013 (Tilawah dan Tilawah al-Quran). Hanya empat
orang siswa guru yang dipilih dalam kajian ini dan keempat-empat siswa guru ini telah
mendapat gred A dalam kursus-kursus tersebut. Hal ini adalah kerana mereka ialah siswa
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 733

