Page 82 - Buku Pengurusan SMKMN 2021
P. 82
68
Tajuk/Tema, objektif pembelajaran dan aktiviti –
berfokuskan KBAT/Peta i-THINK/ VLE) sekurang
kurangnya dua kali seminggu.
Bahan Bantu Belajar (BBB) dan refleksi/catatan
Aspek-aspek tambahan seperti aspek kemahiran dalam
mata pelajaran bahasa, aspek nilai dalam Pendidikan
Moral/PJPK dan Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
dimasukkan.
8.11 RPH ditaip dlam Fail Rekod Mengajar (FRM) dan dihantar untuk KP/SU Kurikulum
pemeriksaan.
Pentadbir atau pegawai yang diberi kuasa boleh menyemak
RPH pada bila-bila masa.
8.12 RPH boleh disediakan dalam media elektronik. Jika ditaip dengan GKMP/GMP
menggunakan media elektronik, salinan bercetak perlu disimpan
dalam fail dengan lengkap untuk pemeriksaan pentadbir atau semasa
penyeliaan PdPc oleh pegawai yang diberi kuasa menyemaknya pada
bila-bila masa.
8.13 Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk pelakuan, boleh diukur
dan sesuai dengan keupayaan murid.
8.14 Peruntukan masa PdPc perlu digunakan secara optimum.
8.15 Aktiviti yang dilaksanakan terarah mencapai objektif pelajaran.
Dimulakan debgan set induksi, aktiviti berfokus pembelajaran murid
dan penutup.
8.16 Guru mencatat penggunaan sumber yang bersesuaian dan meransang
pembelajaran.
8.17 Refleksi ditulis setiap kali selesai PdPc dengan mencatatkan bilangan
murid yang telah mencapai objektif pembelajaran dan tindak susul
guru bagi murid yang tidak mencapai objektif pembelajaran.
8.18 Catatan digunakan jika PdPc tidak dilaksanakan.
9. FAIL REKOD MENGAJAR (FRM)
9.1 Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod GMP
Pengajaran dan Pembelajaran.
9.2 Penyediaan Rekod PdPc boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang
munasabah dengan teknologi semasa.
9.3 FRM diuruskan dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
9.4 Penggunaan/Penyediaan Fail Rekod Mengajar (FRM) dan Fail PdPc
(media elektronik).
9.4.1 Membaca dan memahami semua arahan dan pekeliling yang
terkandung dalam FRM.
9.4.2 Melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki mengikut tarikh
yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah (Maklumat Peribadi
Guru/Jadual Waktu/Maklumat Murid).
9.4.3 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran disisipkan dalam
bahagian yang berkaitan.
9.4.4 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) disediakan mengikut ketetapan PKP/GKMP/KP
penyediaan RPT. RPT boleh ditulis/disisipkan dalam bahagian yang
berkaitan.
9.4.5 Penyediaan Rancangan Pengajaran harian (RPH) ditulis mengikut
ketetapan RPH dan mematuhi SPI Bil. 3/1999. Mengandungi objektif,
cara bagaimana untuk mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.
9.4.6 FRM hendaklah disemak dan ditandatangani oleh pihak yang Pengetua
ditetapkan oleh Pengetua.
9.4.7 Penghantaran FRM kali pertama bagi setiap tahun selewat-lewatnya GMP
pada minggu keempat bulan Januari
9.4.8 Penghantaran FRM perlu dibuat pada hari Jumaat setiap minggu.
9.4.9 FRM hendaklah diambil semula pada hari Isnin kecuali bagi guru yang
tidak hadir.

