Page 81 - Buku Pengurusan SMKMN 2021
P. 81
67
Nama Sekolah
Nama Peperiksaan
Nama Mata Pelajaran
Nama Murid
Tingkatan
Masa yang diperuntukkan
Arahan Am
Bilangan halaman bercetak
Kertas soalan mesti dihantar kepada SU Peperiksaan SU Peperiksaan/
Dalaman untuk diperbanyakkan sebelum atau pada tarikh Guru Penggubal
yang ditetapkan (sekurang-kurangnya dua minggu sebelum Soalan
peperiksaan).
Kertas soalan yang dicetak perlu diselenggara
(ketip/susun/bungkus agihan kelas) oleh penyedia soalan
dan mengikut SOP penyediaan peperiksaan ditetapkan.
Kertas soalan hendaklah disimpan di tempat yang selamat
mengikut ketetapan pengurusan sekolah. Guru Pengawas
Pengedaran kertas soalan perlu mematuji ketetapan SOP. Peperiksaan
8. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
8.1 RPT disediakan sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula GKMP/KP/GMP
dari hari pertama hingga ke hari terakhir perseolahan. SPI Bil. 3/1999
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.
8.2 RPT setiap mata pelajaran disediakan berpandukan Sukatan
Pelajaran (SP), Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), Dokumen Standard
Kurikulum Pentaksiran (DKSP), kesesuaian tahap kebolehan murid
dan takwim persekolahan tahun semasa.
8.3 RPT setiap mata pelajaran bagi setiap tingkatan dirancang mengikut
minggu untuk sepanjang tahun semasa berdasarkan takwim KPM (42
minggu persekolahan) termasuk cuti persekolahan bermula dari hari
pertama persekolahan hingga hari akhir persekolahan.
8.4 Penyediaan RPT merujuk Takwim Tahunan Sekolah termasuk cuti
penggal, ujian/pentaksiran dan aktiviti sekolah.
8.5 Pengisian tema/topik/tajuk pelajaran untuk setahun hendaklah
dimasukkan dalam RPT mengikut format yang selaras. Format kulit
hadapan RPT mengandungi nama dan lencana sekolah, tajuk
mengikut mata pelajaran dan tingkatan serta tahun semasa.
8.6 Semua tema/topik/tajuk dalam SP/HSP/RPT dicakupi sebelum
pentaksiran dilaksanakan.
8.7 RPT mesti disahkan oleh Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan.
Jika RPT disediakan dengan menggunakan media elektronik, cetakan
hardcopy tersebut hendaklah disahkan dan sesalinan disimpan dalam
fail panitia dan kurikulum.
8.8 RPT boleh ditulis tangan atau ditaip/ dicetak dan ditampal/diselitkan GMP
dalam Fail Rekod Mengajar (FRM) atau disimpan dalam fail
berasingan tetapi perlu dikepilkan pada FRM apabila dihantar untuk
pemeriksaan pentadbir atau semasa penyeliaan PdPc oleh pegawai
yang diberi kuasa menyemaknya pada bila-bila masa.
8.9 Guru tidak boleh menyalin RPT sesuatu mata pelajaran daripada
mana-mana sumber tanpa merujuk kepada SP/HSP/DSKP, Takwim
Tahunan Sekolah dan tahap kebolehan murid yang diajar.
Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
8.10 Penulisan RPH mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara
berikut (SPI Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran).
Kelas, masa dan mata pelajaran

