Page 13 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 13
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
TINGKAH LAKU MESRA TERHADAP PERUBAHAN IKLIM: SATU
TINJAUAN AWAL GURU PRASERVIS DI SELANGOR
Siti Aishah Othman, Siti Nur Diyana Mahmud
(sitiaishahothman0708@gmail.com, diyana@ukm.edu.my)
Abstrak
Perubahan iklim merupakan isu yang hangat dibahaskan oleh seluruh negara
yang terjejas akibat kesan negatif perubahan iklim kepada kehidupan manusia serta
alam sekitar. Untuk mengurangkan kesan perubahan iklim yang berlaku memerlukan
individu yang mempunyai tingkah laku mesra terhadap perubahan iklim. Kajian ini
bertujuan untuk meninjau hubungan tingkah laku mesra guru praservis terhadap
perubahan iklim melalui tahap pengetahuan, kesedaran, persepsi risiko dan sikap guru
praservis. Kajian ini melibatkan 256 orang guru praservis di empat buah Universiti di
Negeri Selangor. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik dengan lima skala Likert
digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan program SPSS 23.0. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan
yang signifikan tetapi sederhana antara kesedaran dan persepsi risiko dengan tingkah
laku mesra perubahan iklim guru peraservis. Kajian ini juga mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan lemah diantara pengetahuan dan sikap terhadap
tingkah laku mesra perubahan iklim guru praservis. Guru praservis mempunyai
pengetahuan serta menyedari perubahan iklim berlaku dan memberikan kesan yang
negatif terhadap sosioekonomi serta mengganggu ekosistem alam sekitar dan
kehidupan manusia. Namun, tidak mempengaruhi guru praservis untuk menunjukkan
sikap dan tingkah laku kearah mengurangkan kesan perubahan iklim. Kajian lanjutan
dicadangkan untuk meningkatkan tindakan kearah mesra terhadap perubahan iklim
dengan kerjasama daripada universiti dan badan NGO yang berkaitan.
Kata kunci: Kesedaran, pengetahuan, persepsi risiko,sikap, tingkahlaku mesra,
perubahan iklim, guru praservis
11

