Page 12 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 12

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                            KEBERKESANAN PORTABLE JIG GRINDER DALAM MEMBANTU
                                            PROSES PEMOTONGAN PLAT BESI


                                            Mazlan Omar, Norazlina Abdul Rahman

                                       (mazlan@polisas.edu.my, norazlina@polisas.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Proses  pemotongan  besi  merupakan  salah  satu  bahagian  terpenting  dalam  proses
                        merekabentuk. Terdapat pelbagai jenis peralatan yang boleh digunakan dalam proses
                        pemotongan seperti gergaji besi, hand grinder dan jigsaw. Walau bagaimanpun, hasil
                        pemotongan  menggunakan  peralatan  ini  adalah  tidak  lurus  kerana  bergantung
                        sepenuhnya  pada  pergerakan  tangan.  Selain  itu  proses  pemotongan  adalah  sukar
                        dilakukan secara berseorangan dan mudah mendatangkan kecederaan. Disebabkan hal
                        ini,  satu  alat  inovasi  telah  dihasilkan  iaitu  Portable  Jig  Grinder.  Objektif  utama
                        penghasilan Portable Jig Grinder ini ialah memudahkan proses pemotongan plat besi
                        yang bersaiz 4inci x 8inci dengan ketebalan maksimum 1.2mm dan dapat melakukan
                        proses pemotongan tanpa bantuan. Selain itu Portable Jig Grinder mempunyai ciri-
                        ciri keselamatan yang dapat mengurangkan risiko kecederaan.  Keberkesanan alat ini
                        telah diuji berdasarkan beberapa aspek iaitu hasil pemotongan yang tepat dan lurus
                        dan proses pemotongan yang lebih stabil, mudah, cepat dan selamat menggunakan
                        instrumen borang kaji selidik. Keputusan telah diuji menggunakan statistik deskriptif
                        (skor min dan sisihan piawai). Hasil daripada keseluruhan data yang diperolehi, nilai
                        min keseluruhan item yang dikaji ialah antara 4.10 hingga 4.38 iaitu pada skala baik.
                        Nilai sisihan piawai yang diperolehi bagi kesemua item yang dikaji adalah kurang
                        daripada  1  menunjukkan  bahawa  serakan  jawapan  yang  diberikan  oleh  pengguna
                        adalah seimbang dan stabil. Secara keseluruhannya, kesemua pengguna merasakan
                        Portable Jig Grinder ini dapat menghasilkan pemotongan yang lebih tepat dan lurus
                        dan proses pemotongan yang lebih stabil, mudah, cepat dan selamat.

                        Kata kunci: pemotongan plat besi, pemotongan lurus, jig pemotongan


















                                                                                                       10
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17