Page 16 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 16
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PENGUKURAN PRESTASI HASIL PEMBELAJARAN PELAJAR
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL POLISAS: SOAL SELIDIK
MAJIKAN LATIHAN INDUSTRI
Mazlan Omar, Wan Asmalinda Wan Aziz
(mazlan@polisas.edu.my, wanasmalinda@polisas.edu.my)
Abstrak
Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) merupakan kaedah pembelajaran yang
diamalkan dalam program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, POLISAS. Hasil
pembelajaran program telah digubal dan diukur mengikut kaedah tertentu sepanjang
pengajian dan sejurus selepas pelajar menamatkan pengajian. Antara elemen penting
dalam pelaksanaan PBH adalah keterlibatan pihak industri dalam menentukan hasil
pembelajaran yang seiring dengan kehendak industri yang terkini. Kajian ini
dijalankan bagi mengenalpasti prestasi hasil pembelajaran pelajar semester akhir
Diploma Kejuruteraan Mekanikal di POLISAS berdasarkan soal selidik yang telah
dijalankan di kalangan majikan latihan industri. Kajian ini telah mengukur 5 domain
pembelajaran iaitu kemahiran praktikal, kemahiran berkomunikasi, kerjasama
berpasukan, kemahiran sosial dan tanggungjawab serta profesionalisma, etika dan
moral. Selain itu, kajian ini juga telah mengenalpasti kesediaan pihak majikan latihan
industri untuk menerima pelajar bekerja di syarikat-syarikat yang berkenaan.
Responden kajian terdiri daripada 120 majikan latihan industri yang telah menilai 167
pelajar semester akhir Sesi Disember 2018 dan Sesi Jun 2019. Dapatan kajian yang
dianalisa melalui statistik diskriptif mendapati, secara keseluruhannya lebih 80%
majikan memberikan maklumbalas pada tahap baik dan cemerlang dalam semua
domain yang diukur. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa faktor yang boleh
ditambah baik dalam pengukuran hasil pembelajaran tersebut dan diharapkan dapat
membantu dalam penambahbaikan program berkenaan.
Kata kunci: Prestasi hasil pembelajaran program, pengukuran domain
pembelajaran, majikan latihan industri, Outcome Based Education
14

