Page 11 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 11

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                        KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET DI KOLEJ KOMUNITI AMPANG
                                                      BAGI TAHUN 2019


                                            Nur Aizya Mappissammeng, Zahid Daim

                                                (nuraizya@staf.kkampang.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Seiring dengan hasrat kerajaan dalam memperkasakan bidang Pendidikan Teknikal
                        dan  Latihan  Vokasional  (TVET) agar  relevan  serta  memenuhi  kehendak  Revolusi
                        Perindustrian 4.0 menjelang abad ke 21, maka pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi
                        melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya siang yang mampu bersaing seiring
                        dengan  keperluan  pasaran  industri  tempatan  dan  global.  Kolej  Komuniti  Ampang
                        merupakan  antara  institusi  pengajian  tinggi  awam  yang  beroperasi  sepenuhnya  di
                        bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, proses pengesanan graduan wajib
                        dilaksanakan setiap tahun selepas pelajar bergraduat. Kebolehpasaran graduan kolej
                        komuniti turut dikira bagi graduan yang bekerja samada menerima gaji, bekerja sendiri
                        atau bekerja dengan keluarga. Analisis kajian menggunakan kaedah analsisi deskriptif
                        seperti min dan peratusan.  Seramai 71 orang graduan dari tiga program pengajian
                        yang  berbeza  iaitu  Sijil  Teknologi  Telekomunikasi,  Diploma  Teknologi
                        Telekomunikasi dan Diploma Mobile Technology  yang menamatkan pengajian pada
                        tahun 2019 telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data kemudian telah
                        dianalisis  menggunakan  perisian  IBM  Statistical  Package  for  the  Social  Science
                        (SPSS) Versi 23. Kajian mendapati terdapat dua kategori utama status kebolehpasaran
                        graduan sebaik menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Ampang iaitu sama ada
                        bekerja (dalam bidang dan luar bidang) atau melanjutkan pelajaran (dalam bidang dan
                        luar bidang). Bagi graduan Diploma Mobile Technology, 100% graduan telah bekerja.
                        Sementara bagi graduan Diploma Teknologi Telekomunikasi, 93.8% graduan telah
                        bekerja dan 6.3% graduan yang melanjtkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
                        Manakala bagi graduan Sijil Teknologi Telekomunikasi, 37.5% graduan telah bekerja
                        dan  62.5%  graduan  telah  melanjtkan  pelajaran  ke  diploma  di  institusi  awam  dan
                        swasta.

                        Kata kunci: Kebolehpasaran, Graduan, TVET, Bekerja, Melanjutkan Pelajaran.








                                                                                                         9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16