Page 46 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 46

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                          KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) ATAU
                             NEW PEDAGOGIES FOR DEEP LEARNING (NPDL) DI INSTITUT
                                                     PENDIDIKAN GURU


                                                   Nor Rul Azlifah Zulkafali

                                                 (norrulazlifah@ipgkbm.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) atau New Pedagogies For Deep
                        Learning (NPDL) satu agenda baharu dalam amalan pendidikan. Fokus KPPB adalah
                        komunikasi, kolaboratif, pemikiran       kritis kreativiti,    sahsiah       dan
                        kenegaraan.  Keupayaan penguasaan KPPB dalam sistem pendidikan negara masih
                        terhad kerana tenaga pengajar masih terikat dengan amalan tradisional. Kajian ini
                        bertujuan  untuk  mengenal  pasti  kesan  perubahan  amalan  pedagogi  di  Institut
                        Pendidikan Guru kepada KPPB/NPDL sebagai amalan pedagogi masa kini. Selain
                        itu, kajian ini juga telah berjaya mengenal pasti perubahan yang bolehu dilakukan
                        oleh melalui pengajaran pensyarah dan pembaharuan amalan belajar pelajar dalam
                        proses pelaksanaan pedagogi masa kini di Institut Pendidikan Guru. Kaedah yang
                        digunakan  dalam  kajian  ini  kaedah  tinjauan  dengan  menggunakan  borang  soal
                        selidik. Sampel kajian diambil secara rawak yang terdiri daripada 246 orang pelajar
                        IPG. Hasil analisis menggunakan data kekerapan dan peratusan bagi mengenal pasti
                        kejayaan dalam rintis KPPB/NPDL. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersedia
                        dengan  perubahan  pendekatan  pedagogi  masa  kini  yang  diaplikasikan  oleh
                        pensyarah.  Dapatan  juga  menunjukkan  melebih  50  % daripada  sampel  kajian
                        bersetuju  KPPB/NPDL  telah  berjaya  perubahan  kepada  pedagogi  pensyarah
                        menerusi  perubahan  strategi  dan  kaedah  penyampaian  serta bahan  sumber  yang
                        disediakan pensyarah. Hasil kajian ini dapat menjadi panduan untuk banyak pihak
                        mencapai matlamat pendidikan kepada pembelajaran yang lebih bermakna.

                        Kata kunci: Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) Kapasiti Pedagogi
                        Pembelajaran Bermakna (KPPB) atau New Pedagogies For Deep Learning (NPDL)










                                                                                                       44
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51