Page 47 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 47
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH BACAAN BERULANG
TERHADAP KEFAHAMAN MEMBACA DALAM KALANGAN KANAK-
KANAK PRASEKOLAH
Zuraida Shamsuddin & Kamariah Abu Bakar
(zuraida73azhar@gmail.com)
Abstrak
Terdapat kanak-kanak yang menguasai kemahiran membaca tetapi tidak boleh
membaca dengan lancar dan ada juga kanak-kanak yang perlu mengeja untuk
membaca perkataan atau ayat mudah. Kefahaman merupakan matlamat yang penting
dalam membaca dan apabila salah satu komponen dalam kelancaran hilang maka
pembaca berkemungkinan kurang memahami makna teks yang dibacanya. Tujuan
kajian ialah mengenal pasti kesan bacaan berulang terhadap kefahaman kanak-kanak
prasekolah. Metodologi kajian ialah melalui pemerhatian dan temu bual. Manakala
sampel kajian ialah seramai lima orang murid prasekolah dan teknik persempelan
bertujuan digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan kesemua sampel
kajian dapat memahami petikan daripada cerita yang diberikan oleh penyelidik. Di
samping itu, kesemua sampel kajian dapat menguasai kemahiran membaca dan
seterusnya dapat membaca dengan lancar serta dapat berinteraksi dengan guru serta
rakan sebaya. Justeru itu, berdasarkan dapatan kajian menunujukkan bahawa
penggunaan bacaan berulang petikan atau buku cerita ini sesuai digunakan dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Oleh itu, pengkaji ingin
mencadangkan agar pada masa hadapan dibuat satu kajian yang melibatkan sampel
yang lebih besar, yang melibatkan kanak-kanak prasekolah di seluruh negeri Selangor
sama ada di bandar atau di luar bandar agar dapat dibuat generalisasi dan
perbandingan. Sebagai Kesimpulannya, pengkaji berpendapat bahawa kemahiran
membaca bukan sahaja berkaitan kebolehan kanak-kanak prasekolah untuk menyebut,
mengeja, membatang perkataan dan membaca ayat tetapi penguasaan kemahiran
membaca hanya boleh dikuasai apabila seseorang murid itu mampu memahami bahan
bacaan serta boleh mendapat makna daripada bahan bacaan yang dibacanya.
Kata kunci: Kaedah Bacaan Berulang, Kemahian Membaca, Kefahaman Membaca,
Kanak-Kanak Prasekolah
45

