Page 50 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 50
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
MEMBANGUN APLIKASI ‘PLANT-SCAPE’ UNTUK MENILAI
PENCAPAIAN PELAJAR SENI BINA MEREKA BENTUK RUANG HIJAU
(GREEN SPACE) DALAM PEMBELAJARAN STUDIO REKA BENTUK
(DESIGN STUDIO LEARNING)
Naeemah Yusof , Nur Amisha Danian, Nurul Aina Saleh
(naeemahyusof@gmail.com, misha.danian@gmail.com, ainasaleh@gmail.com)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi cyber-physical
system (CPS) yang bercirikan IR 4.0 dalam pembelajaran studio reka bentuk seni bina
dengan menggunakan sistem pembelajaran sokongan aplikasi mudah alih. Kaedah
konvensional pemilihan ID tumbuhan untuk reka bentuk ruang hijau dalam
pembelajaran studio reka bentuk seni bina didapati mencabar dan rumit. Sehubungan
itu, kajian ini telah membangunkan sistem pembelajaran sokongan aplikasi mudah
alih, Plant-Scape, untuk membandingkan kesan dua pendekatan pembelajaran yang
berbeza berdasarkan pencapaian gred pelajar, keberkesanan diri (self-efficacy) dan
operasi sistem. Terdapat 60 orang pelajar seni bina dari dua studio reka bentuk seni
bina telah dipilih untuk menyertai kumpulan eksperimen dan kawalan. Eksperimen
selama empat minggu telah dijalankan untuk menilai dua pendekatan pembelajaran
yang berbeza. Hasil eksperimen menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran
menggunakan aplikasi Plant-Scape dapat meningkatkan pencapaian gred pelajar.
Tambahan lagi, kajian ini mendapati bahawa faktor keberkesanan diri dan operasi
sistem mempengaruhi pencapaian gred pelajar. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi
Plant-Scape adalah pendekatan berkesan yang dapat membantu pelajar seni bina untuk
meningkatkan pencapaian gred mereka. Hasil dapatan kajian telah menyenaraikan
faktor yang membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran studio
reka bentuk seni bina melalui sistem pembelajaran sokongan aplikasi mudah alih dan
seterusnya dapat dirujuk oleh pendidik dan penyelidik yang berkaitan dalam bidang
pendidikan dan reka bentuk seni bina.
Kata kunci: Sistem Pembelajaran Sokongan Aplikasi Mudah Alih, Pembelajaran
Studio Reka Bentuk Senibina, Reka Bentuk Ruang Hijau, Aplikasi Plant-Scape
48

