Page 48 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 48
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
AMALAN KEPIMPINAN DAN GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU
SEKOLAH
Nur Atiqah Azizan, Mua’azam Mohamad
(atiqahazizan35@gmail.com)
Abstrak
Amalan kepimpinan guru merupakan salah satu elemen yang penting dalam
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan seiring dengan usaha dalam
menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke
arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal
pasti tahap amalan kepimpinan dan tahap gaya pengurusan konflik dalam kalangan
guru sekolah seterusnya mengenalpasti hubungan amalan kepimpinan dan gaya
pengurusan konflik guru sekolah. Kajian ini berbentuk tinjauan rentas data kuantitatif
dengan menggunakan instrument soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu
Leadership Practices Inventory (LPI) dan soal selidik Rahim Organizational Conflict
Inventory – II (ROCI-II) serta bahagian demografi responden yang mengandungi
maklumat umur, pengalaman mengajar dan kelulusan akademik dan instrument soal
selidik ini diedarkan kepada 162 responden. Dapatan kajian menunjukkan tahap
amalan kepimpinan guru sekolah berada pada tahap yang sangat tinggi (M=4.29;
SP=0.16) dan tahap pengurusan konflik guru berada pada tahap yang tinggi (M=3.92;
SP=0.34). Hasil kajian juga mendapati tidak wujudnya hubungan yang signifikan bagi
pembolehubah amalan kepimpinan guru dan pengurusan konflik guru r=0.13, p>0.05
(2 hujing). Namun begitu, masih terdapat dimensi-dimensi di dalam amalan
kepimpinan yang mempunyai kolerasi dengan dimensi-dimensi pengurusan konflik.
Justeru, adalah amat penting supaya elemen di dalam amalan kepimpinan serta
pengurusan konflik guru diterapkan kepada guru-guru sekolah dalam memastikan
keberkesanan kepimpinan sekolah dapat dicapai seperti mana yang telah dirangka
dalam PPPM 2013-2025.
Kata kunci: Amalan kepimpinan, Pengurusan konflik, Guru sekolah
46

