Page 55 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 55
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAKMAL SAINS DENGAN
PENCAPAIAN SAINS
Law Hui Haw, Sabariah Shariff
(jamie_lawhh@yahoo.com, sabariah@ums.edu.my)
Abstrak
Pelbagai faktor yang telah dikenali sebagai faktor yang mempengaruhi keberkesanan
proses pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc). Kajian ini bertujuan untuk melihat
persekitaran pembelajaran makmal sains di sekolah menengah menurut perspektif
pelajar. Kajian ini telah ditadbir dengan menggunakan borang soal selidik Science
Laboratory Environment Inventory (SLEI) ke atas 130 orang pelajar Tingkatan 5
sekolah menengah kebangsaan luar bandar di Sarawak yang mengambil subjek sains
teras. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Science Version 21.0 (SPSS 21.0). Min skor dan sisihan piawai
digunakan untuk mengetahui perspektif pelajar dan perbezaan antara jantina terhadap
persekitaran pembelajaran makmal sains. Ujian Pearson Correlation turut dilakukan
untuk meninjau hubungan persekitaran pembelajaran makmal sains terhadap
pencapaian sains pelajar. Keputusan menunjukkan skala kejelasan peraturan
mempunyai min skor yang paling tinggi iaitu 3.51 manakala skala intergrasi didapati
mempunyai nilai min skor yang paling rendah iaitu 2.65. Dapatan juga menunjukkan
bahawa tiada terdapat perbezaan perspektif pelajar terhadap persekitaran makmal
sains yang signifikan antara jantina bagi kesemua skala iaitu kerjasama antara pelajar,
keterbukaan, intergrasi, kejelasan peraturan dan bahan persekitaran. Dari segi
hubungan, hasil analisis menunjukkan kolerasi positif yang lemah (r = 0.29, p< 0.05)
antara persekitaran pembelajaran makmal sains dengan pencapaian sains.
Kata kunci: Persekitaran pembelajaran makmal sains, pencapaian sains
53

