Page 53 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 53
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENASIHAT AKADEMIK DI
KALANGAN PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
(TEKNOLOGI DIGITAL) DI JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT &
KOMUNIKASI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Nik Nor Azlyzae Abdul, Zurita Abdul Kadir, Muhammad Fauzi Abdullah,
Norqursiah Saad
(nik_azlyzae@psis.edu.my, zuri@psis.edu.my, mpojie@gmail.com,
norqursiah@psis.edu.my)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap penasihat
akademik dalam membimbing pembangunan akademik, sahsiah dan kerjaya serta
kesediaan pelajar-pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) di
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Sultan Idris Shah.
Responden terdiri daripada 200 pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi
Digital) yang dipilih secara pensampelan rawak daripada Trek Pembangunan Perisian,
Trek Rangkaian dan pelajar yang belum memilih trek. Tahap kepuasan pelajar diukur
dengan mengambil kira faktor jantina penasihat akademik dan trek pengajian.
Instrumen yang digunakan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar adalah
menggunakan data-data yang sedia ada di iPAD SPMP. Analisis SPSS digunapakai
untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap penasihat akademik mereka.
Kajian menunjukkan bahawa jantina penasihat akademik, pencapaian akademik
pelajar dan trek pengajian mempengaruhi kepuasan pelajar terhadap penasihat
akademik. Hasil analisis menunjukkan kepuasan pelajar tidak dipengaruhi oleh
jantina penasihat akademik bagi kedua-dua trek pengajian. Pelajar-pelajar trek
pembangunan rangkaian mempunyai kepuasan yang lebih tinggi terhadap penasihat
akademik berbanding dengan pelajar-pelajar trek perisian. Dapatan kajian ini boleh
digunakan sebagai asas bagi mengukuhkan lagi Sistem Penasihatan Akademik di
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Politeknik Sultan Idris Shah.
Kata kunci : Penasihat akademik, kepuasan, trek pengajian, pembangunan
51

