Page 57 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 57
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
SOROTAN LITERATUR SURAH YUSUF: PENDIDIKAN KENABIAN
DALAM KELUARGA MENERUSI AL-QURAN
Rosma Din
(rosma.din.rd@gmail.com)
Abstrak
Surah Yusuf adalah sebuah surah yang bertemakan hubungan kekeluargaan,
menceritakan tentang perihal Nabi Yusuf a.s. dan ujian yang dihadapi baginda.
Sorotan terhadap kajian ini bertujuan menyatakan ciri-ciri penting seorang ketua
keluarga iaitu Nabi Ya’kob a.s dalam mendidik anak-anak baginda. Selain itu, surah
ini akan memberi penekanan kepada sifat-sifat terpuji Nabi Yusuf terhadap adik-
beradik baginda yang membuatkan mereka akhirnya bertaubat serta satu sifat keji
paling utama yang mesti diusahakan oleh pendidik untuk menghapuskannya. Semua
tujuan ini adalah bersumberkan dalil al-Quran dan hadis sahaja. Sekiranya terdapat
unsur-unsur israeliyyat yang berkaitan dengan cerita Nabi Yusuf akan dinyatakan.
Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif melalui kajian kitab-kitab tafsir ulama
klasik dan kontemporari, buku-buku serta kertas-kertas penyelidikan yang berkaitan.
Selain itu juga, pengkaji akan menggunakan pendekatan analitikal dalam
membincangkan dan menganalisa pandangan-pandangan yang dilontarkan berkaitan
tajuk ini. Penulis mendapati bahawa Nabi Ya’kob melimpahkan kasih sayang dan
keprihatinan yang amat tinggi terhadap anak-anak baginda di samping menanamkan
sifat-sifat tanggungjawab dan amanah dalam jiwa mereka. Nabi Yusuf pula adalah
seorang yang amat hebat kerana memiliki sifat pemaaf dan tidak mengingati kejahatan
orang lain. Ia adalah sifat yang mampu mengubah lawan menjadi kawan. Sementara
sifat dengki akan menghapuskan semua kebaikan dan perlu diperangi habis-habisan
oleh seorang pendidik. Kesimpulannya, surah Yusuf adalah model unggul pendidikan
dalam sesebuah keluarga yang diterajui oleh dua orang nabi iaitu Nabi Ya’kob dan
Nabi Yusuf a.s.
Kata kunci: Pendidikan, dalil, israeliyyat, klasik dan kontemporari.
55

