Page 56 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 56
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PENILAIAN KAJIAN KES BAGI
KURSUS KAWALAN KUALITI
Nur Faridah Hanim Mohd Mokhtar, Nor Ruzanna Abd Rahman,
Siti Salwa Samsuri
(fhaniem@yahoo.com, norruzana83@gmail.com, salwa1909@gmail.com)
Abstrak
Kajian kes merupakan salah satu kaedah penilaian yang perlu dibuat oleh pelajar yang
mengambil kursus Kawalan Kualiti bagi program Kejuruteraan Mekanikal
(Pembuatan). Kajian Kes merupakan satu pendekatan pembelajaran berpusatkan
pelajar. Ia juga menggalakkan pelajar untuk meneroka maklumat penyelesaian
masalah atau meningkatkan pemikiran yang lebih kritis serta analitikal. Pensyarah
bagi kursus ini perlu membangunkan soalan kajian kes yang sesuai bagi memenuhi
hasil pembelajaran yang diingini iaitu menunjukkan kebolehan bekerja dalam satu
pasukan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Topik yang terlibat pula adalah
“Alat Kawalan Kualiti”. Penggunaan alat dan teknik kawalan kualiti adalah kaedah
peningkatan kualiti yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data secara
sistematik. Tinjauan ini dijalankan ke atas 25 orang pelajar yang mengambil kursus
Kawalan Kualiti, dengan menggunakan soalselidik. Dapatan kajian menunjukkan
kesemua item yang dikaji mendapat maklum balas positif. Pelajar bersetuju bahawa
kaedah kajian kes menggalakkan mereka untuk melibatkan diri, lebih berminat untuk
mencari pengetahuan dan penyelesaian masalah dengan inisiatif sendiri dan lebih
berkeyakinan. Implikasi pendekatan kaedah ini menggalakkan pelajar untuk lebih
aktif, bermakna dan menyeronokkan. Kajian kes sangat sesuai dan releven dengan tren
pembelajaran masa kini.
Kata kunci: kajian kes; alat kawalan kualiti; tren pembelajaran
54

