Page 58 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 58
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
INDUSTRI DALAM KAMPUS: PENILAIAN PRESTASI PELAJAR SEMASA
LATIHAN INDUSTRI DARI PERSPEKTIF MAJIKAN
Normala Salimin, Noor Azira Sawal
(normala@polimelaka.edu.my, n_azira@polimelaka.edu.my)
Abstrak
Latihan Industri adalah penting kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi sebagai
satu pendedahan awal sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Pihak
industri sering merungut bahawa graduan tidak memiliki kemahiran yang dikehendaki
di pasaran. Penilaian prestasi oleh majikan kepada pelajar yang menjalani latihan
industri di organisasi mereka menjadi indikator penting dalam menguji kesediaan
pelajar untuk menempuh alam pekerjaan selepas tamat pengajian. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti penilaian prestasi pelajar yang menjalani latihan
industri di firma Industri Dalam Kampus (IDK). Sampel kajian adalah terdiri daripada
19 orang pelajar yang telah menjalani latihan industri di firma IDK bertempat di
Politeknik Melaka. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibangunkan oleh Unit
Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) yang diedarkan oleh setiap pelajar yang menjalani latihan industri.
Data dianalisis untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratu, skor min dan sisihan piawai
menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan penilaian
prestasi pelajar semasa latihan industri dari perspektif majikan adalah berada pada
tahap yang sederhana. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak politeknik
memantapkan kesediaan pelajar dari segi softskill dan hardskill dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa selari dengan kehendak industri.
Kajian ini boleh dilanjutkan dengan kesediaan pelajar yang akan menjalani latihan
industri dalam bidang yang diceburi.
Kata kunci: Industri Dalam Kampus (IDK), Latihan Industri (LI), Penilaian
Prestasi, Diploma Akauntansi (DAT)
56

