Page 60 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 60
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN STEAM POWER PLANT KIT BAGI
KURSUS DJJ2073 – TERMODINAMIK DI POLITEKNIK
Nor Ruzanna Abd Rahman, Nur Faridah Hanim Mohd Mokhtar,
Siti Salwa Samsuri
(norruzanna83@gmail.com, fhaniem@yahoo.com, salwa1909@gmail.com)
Abstrak
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan elemen penting dalam
membantu pensyarah menyampaikan maklumat berkaitan sesuatu kursus bagi
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Masalah yang dihadapi oleh pelajar
adalah kesukaran untuk memahami teori dan konsep dalam topik Kitar Kuasa
disebabkan faktor kekangan peralatan di makmal yang dapat menunjukkan konsep
sebenar fungsi dan proses sebenar yang berlaku dalam sistem janakuasa stim. Kajian
ini bertujuan untuk melihat keberkesanan dan persepsi pelajar terhadap penggunaan
Steam Power Plant Kit sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi kursus DJJ2073-
Termodinamik. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar semester dua program
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Pelajar tidak dapat menguasai
konsep asas dalam kursus Termodinamik dan aplikasi di loji jana kuasa. Rekabentuk
kajian berbentuk tinjauan dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian
bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan Steam Power Plant Kit. Ujian
pra dan pasca dijalankan ke atas pelajar bagi menguji tahap kefahaman dalam topik
berkaitan. Penggunaan Steam Power Plant Kit dapat meningkatkan kefahaman pelajar
serta memberi nilai tambah kepada pensyarah dalam mempelbagaikan Bahan Bantu
Mengajar di politeknik.
Kata kunci: Bahan Bantu Mengajar, Steam Power Plant Kit
58

