Page 61 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 61
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
KAJIAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA KEDUA OLEH MURID CINA SEKOLAH WAWASAN
Shamsul Aizuwani Nawi, Wee Kee Quan
(shamsulaizuwani@gmail.com, keequanipgkbm@gmail.com)
Abstrak
Pengajaran bahasa Melayu kepada pelajar bukan penutur natif iaitu yang mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memerlukan perhatian yang lebih teliti. Pelajar
perlu merancang strategi pembelajaran yang tertentu bagi menguasai bahasa Melayu.
Justeru, kajian ini mengkaji penggunaan strategi kemahiran menulis bahasa Melayu
dalam kalangan murid Cina di sekolah wawasan. Selain itu kajian ini meninjau sikap
murid Cina dalam pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu. Kajian ini
menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui penggunaan soal selidik.
Persampelan rawak mudah digunakan dalam pemilihan 113 sampel murid Cina Tahun
5 yang bersekolah di salah sebuah sekolah wawasan di negara ini. Berdasarkan
dapatan kajian, penggunaan strategi kemahiran bahasa dalam kalangan murid Cina di
sekolah wawasan secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana, (μ = 3.29).
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap sikap murid Cina di sekolah wawasan
terhadap pembelajaran bahasa Melayu adalah sederhana (μ = 3.29) dan hubungan.
pekali korelasi bagi pemboleh ubah tahap pengaplikasian strategi kemahiran menulis
dengan dengan tahap sikap murid Cina di sekolah wawasan ialah nilai Pearson
Correlation (r) = .323** dan aras signifikan(p) = 0.00 yang menunjukkan bahawa
terdapat hubungan positif tahap lemah antara dengan ubah tahap pengaplikasian
strategi kemahiran menulis dengan dengan tahap sikap murid Cina di sekolah
wawasan.
Kata kunci: Strategi pembelajaran, bahasa Melayu, murid Cina, sekolah wawasan,
kemahiran menulis
59

