Page 62 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 62

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                          TAHAP DAN FAKTOR-FAKTOR TEKANAN KERJA PEGAWAI POLIS
                         SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN: KAJIAN DI JABATAN
                            LOGISTIK DAN TEKNOLOGI, IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN
                                                       KUALA LUMPUR


                                             Revathy Muruvin, Muhammad Hussin

                                         (vathy88@gmail.com, banting99@hotmail.com)


                                                            Abstrak

                        Tekanan kerja merupakan antara isu yang timbul dalam bidang pekerjaan kerana ianya
                        bukan sahaja menjejaskan kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang pekerja, malah
                        boleh menyebabkan kerugian kepada sesebuah organisasi. Sebagai penjawat awam
                        yang sentiasa berhadapan dengan kerenah masyarakat dalam menjalankan tugasan
                        harian, pegawai dan anggota polis sememangnya tidak terlepas daripada mengalami
                        tekanan kerja. Berdasarkan kajian literatur, kajian sebelum ini hanya memfokuskan
                        tekanan kerja yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran dan dalaman seperti faktor
                        persekitaran, organisasi, dan demografi sebagai punca tekanan kerja. Namun, tidak
                        terdapat kajian yang memfokuskan tekanan kerja yang dialami oleh pegawai polis
                        ketika fenomena wabak penyakit atau bencana alam berlaku. Justeru, kajian ini akan
                        mengenalpasti tahap tekanan yang dialami oleh pegawai polis di Jabatan Logistik dan
                        Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sepanjang mereka menjalankan
                        tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Selain itu, kajian ini
                        juga dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja
                        kepada  pegawai  polis  semasa  PKP  dilaksanakan  sejak  18  Mac  2020.  Mengikut
                        dapatan dan hasil analisis yang diperoleh, daripada keseluruhan 181 orang responden,
                        tahap  tekanan  kerja  yang  dialami  oleh  pegawai  polis  adalah  rendah  (nilai  purata
                        min=2.00). Dalam kajian ini, didapati bahawa faktor kekurangan kebajikan sebagai
                        faktor  penyebab  tekanan  kerja  yang  dialami  oleh  pegawai  polis  dengan  nilai  min
                        tertinggi sebanyak 3.38.

                        Kata  kunci:  Tekanan  kerja,  perintah  kawalan  pergerakan,  kelengkapan  logistik,
                        kemudahan fasiliti, kebajikan









                                                                                                       60
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67