Page 89 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 89
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
IMPAK KAEDAH PEMBELAJARAN TERADUN SAINS, TEKNOLOGI
DAN INOVASI (STECH_NOVA) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS TINGGI PELAJAR
Suhaiza Mat Said
(suhaizasaid933@gmail.com)
Abstrak
Kajian kes ini dijalankan bertujuan mengenal pasti impak kaedah pembelajran teradun
sains, teknologi dan inovasi sebagai pendekatan pembelajaran baru bagi meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Revolusi industri 4.0 telah membawa banyak perubahan dalam pelbagai aspek
kehidupan manusia termasuk pendidikan sains. Perkembangan kurikulum Sains
semasa dan masa depan seharusnya dapat menghuraikan kemampuan pelajar dalam
pelbagai dimensi akademik, kemahiran hidup, dan kemampuan berfikir. Justeru itu,
tiga kemahiran berfikir yang diketengahkan dalam kajian ini adalah 1) pemikiran
analitikal, 2) pemikiran kritikal, dan 3) pemikiran kreatif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pemikiran kritikal adalah merupakan kemahiran berfikir utama
yang menyumbang kepada peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar melalui
kaedah ini. Stech-Nova secara tidak langsung meningkatkan pengekalan, penggunaan
teknologi, kemahiran, minat dan motivasi pelajar. Sehubungan itu, Stech-Nova adalah
salah satu kaedah dalam pengisian perancangan pelan pembangunan pendidikan yang
relevan dengan perkembangan dan keperluan pendidikan abad ke-21.
Kata kunci: Pendidikan Sains Informal, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Sanis,
teknologi dan inovasi, Pengajaran dan Pembelajaran Sains.
87

