Page 85 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 85

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                        PERANAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MENINGKATKAN
                                           PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA


                                        Sarah Iman Khairul Azhar, Muhammad Hussin

                                      (sarahkhairulazhar@gmail.com, muhsin@ukm.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Pertumbuhan ekonomi adalah peningkatan dalam kemampuan ekonomi berbanding
                        masa  lepas  dalam  pengeluaran  barang  dan  perkhidmatan.  Pertumbuhan  ekonomi
                        diukur  dengan  perubahan  dalam  keluaran  dalam  negara  kasar  (KDNK)  sesebuah
                        negara  tersebut.  KDNK  menggambarkan  jumlah  pengeluaran  barang  dan
                        perkhidmatan dalam ekonomi. Modal insan atau modal manusia mempunyai korelasi
                        yang  kuat.  Modal  manusia  memberi  kesan  kepada  pertumbuhan  ekonomi  dan
                        membanu dalam pembangunan ekonomi dengan mengembangkan pengetahuan dan
                        kemahiran individu.  Modal manusia  merujuk  kepada  pengetahuan,  kemahiran  dan
                        pengalaman  pekerja  dalam  sesebuah  ekonomi.  Kemahiran-kemahiran  tersebut
                        memberi  nilai  ekonomi  kerana  tenaga  kerja  yang  berpengetahuan  dan  kemahiran
                        tinggi  dapat  meningkatkan  produktiviti.  Kualiti  kerja  dapat  ditingkatkan  dengan
                        pembangunan  modal  manusia  melalui  pelaburan  pendidikan  dan  latihan.  Kertas
                        konsep  ini  akan  membincangkan  bagaimana  pembangunan  modal  manusia  dapat
                        meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dalam pendidikan dan latihan

                        Kata  kunci:  modal  manusia,  pertumbuhan  ekonomi,  pelaburan  pendidikan,
                        pelaburan pendidikan, pembangunan modal insan

















                                                                                                       83
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90