Page 84 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 84

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                              KESAN PENDIDIKAN DAN KADAR KESUBURAN TERHADAP
                             PENGLIBATAN WANITA DALAM PASARAN PEKERJAAN DAN
                                                 PERTUMBUHAN EKONOMI


                                              Ahlam Mohd Kamel, Sheerad Sahid

                                      (ahlamkamel.work@gmail.com, sheerad@ukm.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Pendidikan  adalah  satu  bentuk  pelaburan  modal  manusia  dalam  meningkatkan
                        produktiviti individu melalui kemahiran dan pengetahuan. Persaingan dalam pasaran
                        pekerjaan yang menuntut tenaga kerja mahir yang berkualiti dapat dipenuhi melalui
                        latihan  dan  pendidikan.  Penglibatan  wanita  khususnya  dalam  pasaran  pekerjaan
                        dipengaruhi secara signifikan oleh pendidikan yang diperoleh dan kadar kesuburan.
                        Kadar kesuburan yang optimum mewujudkan populasi yang lebih produktif dan aktif
                        dalam pasaran pekerjaan malah penuaan populasi yang mampu merencatkan ekonomi
                        dapat dielakkan. Wanita menghadapi dilema dalam membuat keputusan samada ingin
                        memilih untuk melibatkan diri dalam pasaran pekerjaan atau tidak dan pilihan ini
                        ditentukan berdasarkan kos peluang yang boleh dimaksimumkan. Oleh itu, pelaburan
                        dalam pendidikan dan kesihatan wanita haruslah dititik-beratkan kerana pendidikan
                        dan  kadar  kesuburan  wanita  merupakan  faktor  penentu  kepada  penyertaan  wanita
                        dalam pasaran pekerjaan serta merankcakkan lagi pertumbuhan ekonomi yang lebih
                        mapan.

                        Kata kunci: pendidikan, kadar kesuburan, pasaran pekerjaan, pertumbuhan ekonomi

















                                                                                                       82
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89