Page 87 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 87

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                         LATIHAN WORK-BASED LEARNING DI KOLEJ KOMUNITI AMPANG -
                                        CABARAN DAN KAEDAH PENYELESAIAN


                                          Nur Ilyani Zahare, Siti Rafidah Abdul Saref

                                    (ilyani@kkampang.edu.my, siti.rafidah@kkampang.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Work-Based Learning merupakan pendedahkan industri kepada pelajar diploma Kolej
                        Komuniti Malaysia di semester 5 dan 6. Rasionalnya Work-Based Learning (WBL)
                        ini  adalah  untuk  memberi  pendedahan  kepada  para  pelajar  mengenai  suasana
                        pekerjaan yang sebenar. Secara tidak langsung pelajar dapat memperolehi pengalaman
                        pekerjaan  yang  besesuaian  dengan  bidang  yang  mereka  pelajari  dan  turut  dapat
                        memberi gambaran mengenai kerjaya mereka di masa hadapan. Kajian dijalankan
                        pelajar yang menjalani latihan Work-Based Learning bertujuan untuk mengenalpasti
                        cabaran yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah di Kolej Komuniti Ampang semasa
                        menjalani  Work-Based  Learning  serta  kaedah-kaedah  yang  dapat  membantu
                        menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Cabaran dan permasalahan yang berlaku
                        ini menjadi pemangkin kepada pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Ampang untuk
                        lebih kreatif dalam merencanakan Work-Based Learning ini. Berdasarkan kajian ini,
                        satu kaedah penyelesaian telah dikenalpasti bagi menyelesaikan permasalahan dan
                        merapatkan jurang cabaran yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah. Aplikasi mudah
                        alih  telah  direka  bagi  menambahbaik  kaedah  penyampaian  Work-Based  Learning.
                        Kajian ini telah dilakukan kepada 80 pelajar dan pensyarah yang terlibat dalam proses
                        Work-Based Learning. Dengan adanya kajian ini, diharapkan dapat membantu semua
                        institusi yang menjalankan modul Work-Based Learning.

                        Kata kunci: Work-Based Learning, latihan, cabaran dan permasalahan














                                                                                                       85
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92