Page 208 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 208

4.4   MEMPROSES JEM NANAS
                  Info

                                             Pengenalan
            Ananas comosus atau nanas kaya
            dengan pelbagai khasiat seperti   Jem nanas dihasilkan daripada buah nanas yang matang dan dimasak
            vitamin A, B1 dan bromelain
            (digunakan untuk melembutkan     bersama-sama  bahan  tambahan  yang  lain.  Berdasarkan  Peraturan
            daging). Nanas juga mengandungi   -peraturan Makanan 1985 (Peraturan 246), jem hendaklah hasil yang
            asid sitrik yang berkesan untuk   disediakan dengan memasak satu atau lebih jenis buah-buahan yang
            menghilangkan lemak dan          baik, sama ada mentah, telah diproses atau semi proses dengan bahan
            menurunkan berat badan.          pemanis yang dibenarkan bersama-sama atau tanpa pektin tambahan.
                                               Jem  juga  hendaklah  mengandungi  tidak  kurang  daripada  35%
                                             buah-buahan  dan 65% kandungan pepejal  larut yang ditentukan
                                             dengan refraktometer. Jem boleh mengandungi bahan pengawet
                                             yang dibenarkan, bahan pewarna yang dibenarkan, bahan perisa yang
                                             dibenarkan dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Kandungan
                                             tiga bahan penting  iaitu gula, pektin dan asid mestilah seimbang
                                             untuk pembentukan gel. Nilai pH jem ialah antara 3.2 – 3.5 dan
                                             kepekatan antara 66 – 68 °Brix.
                                               Buah nanas yang berkualiti dan manis rasanya dapat menghasilkan
                                             jem yang terbaik. Terdapat beberapa varieti buah nanas di Malaysia
                                             iaitu MD2, Josapine, Gandul, Moris, Sarawak, Yankee dan N36.


























































             202
   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213