Page 210 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 210

Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus


           Bahan

                     Bahan Mentah                                         Fungsi

            Isi nanas                         •  Bahan utama dalam pemprosesan jem nanas.
                                              •  Bahan utama untuk menghasilkan jem nanas.
            Gula                              •  Memberi rasa manis.
                                              •  Agen pengawet.
            Asid sitrik                       •  Bahan pengawet, perisa dan agen antioksida.
            Pektin                            •  Agen penggelan.

            Air                               •  Bahan pelarut.

            Natrium metabisulfit              •  Bahan pengawet.
            Pewarna                           •  Menambah baik rupa.


           Alatan

                        Peralatan                                         Fungsi
            Mangkuk                          Mengisi bahan mentah.

            Sudu                             Alat untuk menyukat dan mengacau.
            Pisau                            Mengupas dan memotong buah nanas.

            Pineapple eye remover            Membuang mata nanas.
            Papan pemotong                   Mengalas nanas semasa memotongnya.

            Senduk                           Mengacau jem nanas yang sedang dimasak.
            Refraktometer                    Mengukur kepekatan pepejal terlarut atau mengukur  Brix.
                                                                                          o
            pH meter                         Memeriksa pH jem nanas.

            Periuk                           Memasak jem nanas.
            Jag penyukat                     Menyukat air dengan tepat.
            Penimbang digital                Menimbang bahan mentah.

            Mesin pengisar (Blender)         Mengisar nanas yang telah dipotong.

            Hot air gun                      Melekatkan shrinked cap neck seal pada penutup botol jem nanas.
            Shrinked cap neck seal           Mengetatkan penutup botol.

            Bahan dan alatan pembersihan     Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.

            Perlengkapan Perlindungan Peribadi   Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
            (Personal Protective Equipment-PPE)


           Bahan Pembungkus

                   Bahan Pembungkus                                       Fungsi

            Botol kaca berpenutup logam      Membungkus jem nanas yang telah siap.





             204
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215