Page 227 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 227

Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus


             Bahan

                        Bahan Mentah                                        Fungsi

                                                 •  Bahan utama dalam pemprosesan jeruk buah.
             Buah betik                          •  Buah yang digunakan untuk pemprosesan jeruk perlu segar  dan
                                                   matang.
                                                 •  Merendahkan aktiviti air.
             Garam
                                                 •  Merencatkan pertumbuhan mikroorganisma.
                                                 •  Diperlukan semasa proses membuat larutan sirap.
             Gula
                                                 •  Memberikan rasa manis dan tekstur pada jeruk buah.
                                                 •  Memberi rasa masam pada larutan sirap.
             Cuka / Asid asetik                  •  Menurunkan pH.
                                                 •  Membantu memanjangkan jangka hayat jeruk.

             Aluminium kalium sulfat /           •  Memberi tekstur rangup.
             kalsium klorida

             Natrium benzoat                     •  Pengawet.
             Air                                 •  Merendam dan membuat larutan sirap.



             Alatan

                          Peralatan                                         Fungsi

             Mangkuk                             Mengisi bahan mentah.

             Sudu                                Alat untuk menyukat dan mengacau.
             Pisau                               Mengupas dan memotong buah.

             Papan pemotong                      Mengalas buah semasa memotongnya.

             Pengetus                            Mengetus buah selepas dicelur.
             Bekas plastik                       Merendam buah di dalam air garam.

             Periuk                              Mencelurkan buah dan memasak air gula.

             Senduk                              Mengacau bahan campuran jeruk.
             Brinometer                          Menyukat kepekatan garam dalam air.

             Beg plastik                         Beg plastik berisi air untuk mengelak buah timbul.

             Penimbang digital                   Menimbang bahan mentah.
             Bahan dan alatan pembersihan        Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.

             Perlengkapan Perlindungan Peribadi   Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
             (Personal Protective Equipment-PPE)



             Bahan Pembungkus

                     Bahan Pembungkus                                       Fungsi

             Balang plastik atau kaca            Membungkus jeruk buah yang telah siap.


                                                                                                         221
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232