Page 239 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 239
Jawab soalan yang berikut.
1. Senaraikan dua bahan mentah yang digunakan dalam pemprosesan susu kacang soya.
2. Nyatakan fungsi mesin dan peralatan berikut dalam pemprosesan susu kacang soya.
(a) Mesin pengisar
(b) Mesin pengekstrak
(c) Kain maslin
3. Jadual di bawah menunjukkan senarai kos untuk memproses 2 liter susu kacang soya.
Jadual 3
Bil. Perkara Kos (RM)
1. Daun pandan 0.20
2. Kacang soya 20.00
3. Tenaga elektrik 1.50
4. Gula pasir 2.50
5. Gas masakan 1.00
Berdasarkan Jadual 3, hitung kos bahan mentah.
4. Kad di bawah menunjukkan respon seorang pelanggan yang telah mencuba susu kacang soya
keluaran Syarikat Susu Soya Sedap.
Berserdak dan
berketul
Berdasarkan respon di atas, nyatakan satu aspek yang dinilai pengguna dan berikan punca berlakunya
perkara tersebut.
5. Berikan satu faktor yang perlu dikawal semasa melakukan kerja pembotolan susu kacang soya.
6.
Sebanyak 300 gram kacang soya dapat
memproses 2 liter susu kacang soya.
Hitungkan kuantiti kacang soya yang diperlukan untuk memproses 50 liter susu kacang soya.
7. Cadangkan alternatif lain untuk penyimpanan susu kacang soya selain penyimpanan di dalam KBAT
peti sejuk.
8. Huraikan punca berlakunya pengentalan pada susu kacang soya yang diproses. KBAT
233

