Page 260 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 260

5.1  MENGENAL REKA BENTUK DAN
                                                    INOVASI PRODUK DALAM INDUSTRI

                                                    PEMPROSESAN MAKANAN
            5.1.1  Menyatakan definisi reka
                  bentuk dan inovasi.
                                            Definisi

                                            Reka Bentuk

                                            Reka bentuk ialah ilmu dan pengetahuan tentang penghasilan idea
                                            secara terancang yang digunakan dalam penghasilan sesuatu produk.
                                            Produk yang dihasilkan haruslah berdaya saing dengan produk-produk
                                            sedia ada dalam pasaran dan tidak mencemarkan alam sekitar.
           Invensi

           Invensi ialah kaedah dan proses menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu dan belum pernah
           wujud sebelumnya. Sebagai contoh, Nicholas Appert telah mencipta jar pengetinan makanan untuk tentera
           Perancis sekitar tahun 1809.

























             Foto 5.1 Jar pengetinan ciptaan Appert                   Foto 5.2 Can sealer sekitar tahun
                                                                                1800-an
           Inovasi

           Inovasi pula ialah proses pengubahsuaian dan penambahbaikan kepada produk sedia ada. Contohnya,
           perkembangan kaedah pengetinan dahulu dan sekarang.
























                   Foto 5.3 Rupa bentuk tin terkini                  Foto 5.4 Can sealer terkini




             254
             254
   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265