Page 261 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 261
Inovasi dalam pemprosesan makanan ialah idea kreatif yang dilaksanakan atau digunakan untuk
penambahbaikan produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, lebih menarik, lebih bernutrisi,
bermakna dan mesra pengguna.
Apabila kita membincangkan berkenaan dengan inovasi kita tidak akan lari daripada kreativiti. Hal ini
kerana, semua inovasi bermula daripada idea yang kreatif. Kreativiti pula bermula daripada idea. Idea ialah
sesuatu yang berpotensi atau sebenarnya wujud di dalam pemikiran seperti yang berikut:
1 Pemikiran
5 Idea 2
Anggapan Konsep Konsep
4 3
Keyakinan Pendapat
Rajah 5.1 Konsep idea
Oleh itu boleh disimpulkan seperti berikut:
Idea Kreativiti Invensi
Masalah
atau Idea Kreativiti Inovasi
cadangan
Rajah 5.2 Kesimpulan idea dan kreativiti
255

