Page 264 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 264
5 Inovasi Mesin dan Peralatan
Inovasi mesin dan peralatan banyak membantu dalam industri pemprosesan makanan. Inovasi ini amat
penting untuk menukar teknik pemprosesan daripada manual kepada automatik, mengurangkan kos
tenaga kerja, meningkatkan kapasiti pengeluaran, menyeragamkan produk dan mengawal pencemaran.
Mesin pembakar lemang elektrik merupakan inovasi dari segi mesin dan peralatan. Mesin ini dapat
memendekkan masa membakar lemang dari enam jam kepada dua jam. Proses membalikkan lemang
juga tidak perlu dilakukan kerana terdapat haba disekelilingnya. Bentuk dan saiz lemang juga seragam
kerana penggunaan buluh digantikan dengan silinder keluli.
Foto 5.9 Mesin pembakar lemang elektrik
6 Inovasi Pembungkusan dan Penyimpanan
Rekaan grafik dan pembungkusan yang menarik dapat menarik minat pembeli. Pembungkusan perlu
menarik, kreatif, berfungsi, selamat dan dapat memanjangkan hayat produk. Inovasi pembungkusan
berlaku dari segi rekaan grafik, reka bentuk pembungkusan dan bahan pembungkusan yang digunakan.
Penggunaan bekas makanan mesra alam (BMA) dapat memberi kesan kelestarian terhadap alam sekitar.
Contohnya, dulang makanan yang dihasilkan daripada nano komposit bahan buangan seperti daun
nanas, jerami dan sekam padi.
Foto 5.10 Inovasi pembungkusan dan penyimpanan
258

