Page 265 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 265
Ciri-ciri Reka Bentuk dan Inovasi pada Produk
Pemprosesan Makanan
Ciri-ciri reka bentuk dan inovasi produk makanan terbahagi kepada 5.1.3 Menerangkan ciri-ciri
empat iaitu reka bentuk bersama-sama makanan (design with food), reka bentuk dan inovasi
cara makanan itu dimakan (eating design), produk makanan (food pada produk pemprosesan
product) dan direka untuk makanan (design for food). makanan.
1 Reka bentuk bersama-sama makanan (Design with food)
Makanan itu dilihat sebagai satu objek, direka bentuk dan diubah suai berdasarkan faktor-faktor seperti:
(a) Ritual penggunaannya. (e) Bentuk yang boleh diterima.
(b) Kebolehgunaan. (f) Bahan mentah.
(c) Ergonomik. (g) Penamaan.
(d) Mampu dihasilkan. (h) Pembungkusan.
Proses ini bertujuan untuk mereka objek baharu dari segi rasa, tekstur, warna dan sebagainya.
Foto 5.11 Reka bentuk bersama-sama makanan
2 Cara makanan itu dihidang (Eating design)
(a) Mengambil kira cara makanan itu dihidang. Contoh hiasan makanan untuk menarik minat kanak-kanak.
Foto 5.12 Reka bentuk makanan untuk kanak-kanak
(b) Mengambil kira diet yang seimbang. (c) Makanan segera.
Foto 5.13 Diet seimbang Foto 5.14 Makanan segera
259

