Page 262 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 262

Reka Bentuk dan Inovasi Produk
                                             Pemprosesan Makanan


            5.1.2  Mengenal pasti            Reka bentuk makanan ialah aktiviti merealisasikan idea reka bentuk
                  beberapa reka bentuk       makanan yang baharu atau menambah baik reka bentuk yang lama
                  dan inovasi produk         berdasarkan kreativiti tanpa mengurangkan kandungan nutrisi yang
                  pemprosesan makanan.       sedia ada dalam makanan.  Reka bentuk dan inovasi produk dalam
                                             industri pemprosesan makanan amat penting kerana untuk memenuhi
                                             keperluan dan gaya hidup semasa, menarik minat pengguna,
                                             memberi nilai tambah pada produk dan boleh meningkatkan jualan.
                                             Berikut merupakan beberapa contoh reka bentuk dan inovasi produk
                                             pemprosesan makanan:
            1  Reka Bentuk Makanan

               Reka bentuk makanan terdiri daripada rupa, bentuk, rasa, tekstur, warna dan lain-lain. Contohnya, kuih
               pau yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan inti.















                                Pau biasa                               Pau bakar















                                Pau cendawan                                 Pau bijan
                                               Foto 5.5 Reka bentuk makanan
            2  Reka Bentuk Pembungkusan

               Reka bentuk pembungkusan dalam industri makanan telah dipelbagaikan dari segi warna, bentuk,
               corak dan sebagainya bagi menarik minat pengguna. Kotak, plastik, aluminium dan lain-lain merupakan
               contoh pembungkusan produk makanan.
















                     Tetra pak         Botol plastik              Botol kaca              Tin aluminium

                                            Foto 5.6 Reka bentuk pembungkusan

             256
   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267