Page 263 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 263

3  Inovasi Bahan Mentah
                Inovasi dan pemilihan bahan mentah yang berkualiti amat penting untuk sesuatu produk makanan.
                Bahan  mentah  yang  semula  jadi  tanpa  melalui  pemprosesan  kimia  akan  mengekalkan  kesegaran
                dan kandungan nutrien dalam sesuatu produk. Bahan mentah seperti ikan, ubi kentang, pisang dan
                sebagainya boleh diinovasikan menjadi snek makanan ringan. Satu jenis snek makanan ringan yang
                telah diinovasikan bahan mentahnya akan menghasilkan produk yang berkhasiat, rangup dan lazat.
                Kacang soya telah dipilih sebagai bahan mentah kerana mengandungi protein dan fiber yang tinggi.





























                                                  Foto 5.7 Snek kacang soya


             4  Inovasi Kaedah Pemprosesan

                Inovasi kaedah pemprosesan dilakukan untuk memudahkan penghasilan sesuatu produk dan seterusnya
                meningkatkan hasil pengeluaran. Cendol segera merupakan produk makanan yang diinovasikan dari
                segi kaedah pemprosesan. Cendol segera merupakan gabungan cendol kering, sirap gula nipah dan
                serbuk santan. Cendol kering dihasilkan melalui teknologi penggelatinan cepat dan kaedah ini berjaya
                memendekkan masa pemprosesan cendol.  Kelebihan cendol kering adalah mengandungi kelembapan
                kurang daripada 10 peratus, jangka hayat yang lebih panjang, tidak perlu disimpan pada suhu dingin,
                boleh dipasarkan ke luar negara dan mudah disediakan.





























                                                    Foto 5.8 Cendol segera


                                                                                                         257
   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267   268