Page 267 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 267
Cadangan Reka Bentuk dan Inovasi Baharu Produk
Pemprosesan Makanan
Cadangan reka bentuk makanan perlu mengambil kira beberapa 5.1.4 Mencadangkan reka bentuk
dan inovasi baharu produk
faktor supaya produk yang diinovasikan dapat memenuhi kehendak pemprosesan makanan.
pasaran. Faktor-faktor berikut merangkumi reka bentuk makanan,
pembungkusan dan bahan:
1 Reka bentuk Makanan
(a) Keseimbangan (c) Tekstur
Cara penyusunan makanan memberi impak Gabungan keseimbangan dan tekstur
kepada emosi. Warna, bentuk, saiz dan tekstur dalam pembungkusan.
berperanan memberi keseimbangan pada (d) Rasa
susun atur.
Gabungan bahan-bahan akan
(b) Bentuk menghasilkan rasa yang unik.
Merancang pelbagai bentuk dan susunan (e) Saiz
ketinggian juga merupakan satu variasi dalam Saiz hidangan mestilah sesuai.
mereka bentuk makanan.
2 Pembungkusan
Satu mekanisme penting untuk memelihara makanan dan mengurangkan pembaziran. Reka bentuk
pembungkusan dapat menarik perhatian pengguna. Keunikan reka bentuknya boleh menimbulkan
sifat ingin tahu pengguna tentang isi kandungannya. Faktor yang boleh dipertimbangkan apabila
membuat penambahbaikan pembungkusan:
(a) Susunan teratur dan tidak merosakkan bentuk produk.
(b) Menentukan sasaran pasaran dan demografi.
(c) Membentuk imej atau personaliti produk berdasarkan konsumer seperti nilai praktikal, fungsi,
elegan dan canggih.
(d) Menentukan ciri-ciri penting produk kepada konsumer seperti mengelakkan terlalu banyak
informasi dan membuatkan reka bentuk menjadi tidak tersusun.
(e) Bertangkai supaya senang dibawa.
(f) Penggunaan imej pada pembungkusan yang lebih tepat berbanding teks panjang.
3 Bahan
Bahan untuk pembaikan inovasi makanan boleh terbahagi kepada dua iaitu bahan mentah untuk
pemprosesan dan bahan pembungkusan.
(a) Bahan mentah yang digunakan boleh diubah suai mengikut kehendak pelanggan atau pengurus
projek, contohnya kombinasi perasa yang digunakan.
(i) Kopi dan susu. (iv) Coklat dan krim.
(ii) Nanas dan epal. (v) Durian dan donat.
(iii) Churros dan donat biasa.
(b) Bahan pembungkusan
(i) Memilih bahan pembungkusan yang mesra alam dan boleh dikitar semula seperti kertas,
kadbod, kaca, tin aluminium dan lain-lain.
(ii) Kemasan (warna, bahan kemasan).
(iii) Penggunaan dan pemilihan warna yang betul dan menarik memberi kesan kepada
pembungkusan makanan.
261

