Page 18 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 18
Penyelenggaraan Mesin
Alatan tangan dan mesin hendaklah sentiasa dalam keadaan baik
1.2.3 Mengenal pasti langkah
penyelenggaraan mesin. dan bersih untuk mempercepat kerja pemprosesan sesuatu produk.
Penyelenggaraan mesin perlu dilakukan secara berkala untuk
memastikan mesin dapat beroperasi dengan baik.
Berikut merupakan sebab peralatan dan mesin perlu diperiksa
dan diselenggara:
Info 1. Memastikan peralatan dan mesin berfungsi dengan lancar.
Penyelenggaraan pencegahan 2. Memelihara dan memanjangkan jangka hayat mesin.
(preventive maintenance)
dilakukan untuk menentukan
semua peralatan dan mesin 3. Meningkatkan keupayaan.
berada dalam keadaan baik
serta mempunyai kecekapan 4. Mengurangkan kerosakan.
operasi seperti sedia kala
mengikut spesifikasi mesin 5.
yang asal. Menjimatkan perbelanjaan syarikat.
6. Menjamin keselamatan pengguna.
7. Mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan produktif.
Kaedah Memeriksa dan Menyelenggara Mesin
Kesalahan dalam melaksanakan kerja memeriksa dan menyelenggara mesin akan berlaku apabila
pekerjaan tersebut tidak dirancang dengan baik. Oleh itu, kita perlu mengikuti prosedur atau kaedah tetap
yang bersifat standard. Prosedur tersebut dikenali sebagai Standard Operating Procedures (SOP). Prosedur
menyelenggara mesin melibatkan jadual penyelenggaraan, borang aduan kerosakan, rekod penyenggaraan
dan rekod kos selenggara. Berikut merupakan kaedah memeriksa dan menyelenggara mesin:
1 Patuh kepada jadual pemeriksaan.
2 Kenal pasti mesin dan peralatan yang perlu
diselenggara.
Kaedah
Memeriksa dan 3 Langkah pemeriksaan dan penyelenggaraan
Menyelenggara hendaklah dirancang dan disediakan.
Mesin
4 Kaedah perolehan alat ganti dan aksesori mesti
mematuhi peraturan perolehan sedia ada.
5 Isikan maklumat dalam borang berkaitan.
Rajah 1.5 Kaedah memeriksa dan menyelenggara mesin
12

