Page 24 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 24
3 Menyusun stok
(a) Stok disusun di tempat yang betul mengikut jenis dengan kemas.
(b) Senang dilihat dan dicari serta mudah diambil.
(c) Stok yang berat diletakkan di bahagian bawah rak.
(d) Stok juga disusun mengikut bentuk supaya dapat menjimatkan ruang.
Foto 1.1 Penyusunan stok
4 Merekod stok
(a) Stok perlu direkod secara teratur dan kemas.
(b) Maklumat mengenai pembekal perlu direkod supaya mudah untuk dihubungi.
(c) Stok hendaklah direkod berdasarkan beberapa maklumat yang boleh didapati daripada
dokumen perniagaan.
Dokumen perniagaan merupakan sumber maklumat perakaunan. Dokumen ini memberi maklumat
tentang sesuatu urus niaga, dijadikan bukti bagi sesuatu urus niaga dan sebagai rujukan pada masa hadapan.
Berikut merupakan contoh dokumen perniagaan yang terlibat dalam merekod stok:
(a) Borang Pesanan
Borang pesanan juga dikenali sebagai borang pembelian. Borang ini digunakan oleh pembeli
untuk memesan barang.
Rajah 1.7 Contoh borang pesanan
18

