Page 25 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 25

(b)   Nota serahan
                     •  Dokumen ini dihantar oleh
                       penjual kepada pembeli
                       bersama-sama dengan barang
                       yang dipesan.
                     •  Pembeli perlu menandatangani
                       dokumen ini sebagai bukti
                       penerimaan barang dengan
                       kuantiti dan kualiti yang telah
                       dipesan dan disetujui.


















                                                                      Rajah 1.8  Contoh nota serahan




                                                                   (c)  Invois
                                                                        •  Dokumen yang menunjukkan
                                                                           barang-barang yang telah dibeli oleh
                                                                           pembeli dan jumlah hutang yang
                                                                           perlu dibayar.

                                                                        •  Invois penting dalam urus niaga
                                                                           kredit. Disediakan oleh pembekal
                                                                           dan dihantar kepada pembeli setelah
                                                                           pembeli menerima barang.






                                                                              Tip
                                                                              Tip

                                                                          Istilah K. & K. di K. merujuk
                                                                          kepada Kesilapan dan Ketinggalan
                                                                          diKecualikan bagi membolehkan
                                                                          pembekal membetulkan kesilapan
                                                                          dalam invois.









                          Rajah 1.9  Contoh invois


                                                                                                         19
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30