Page 26 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 26
(d) Buku Stok atau Kad Inventori
• Rekodkan semua stok dalam buku stok atau kad inventori dengan jelas dan teratur. Maklumat
pembekal perlu direkodkan supaya mudah dihubungi.
Terima Daripada /
Tarikh Kos Seunit (RM) Masuk Keluar Baki Catatan
Keluar Kepada
28.10.20XX KOA Readimate Sdn. Bhd. 11.00 10 kg - 10 kg
15.11.20XX A.H Food Sdn. Bhd. 10.50 15 kg - 25 kg
22.11.20XX Amali bakeri 1 - - 4 kg 21 kg
29.11.20XX Amali bakeri 2 - - 6 kg 15 kg
10.12.20XX A.H Food Sdn. Bhd. 10.50 10 kg - 25 kg
Penerimaan barang hendaklah direkodkan dengan pen dakwat merah dan pengeluaran dengan pen
dakwat hitam atau biru.
Aktiviti 1.2.5 Mengamalkan peraturan
Risalah Peraturan Bengkel dan langkah keselamatan
bengkel.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Senaraikan peraturan bengkel Pemprosesan Makanan yang telah dipelajari.
3. Hasilkan risalah buku peraturan bengkel Pemprosesan Makanan mengikut kreativiti masing-masing.
4. Bentangkan hasil risalah kepada rakan-rakan anda.
20

