Page 30 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 30

Faedah Minima

           1.    Tempoh pembayaran gaji

                 Tidak lewat daripada tujuh hari selepas berakhirnya tarikh pengiraan gaji, contoh jika tarikh akhir
                 pengiraan gaji adalah pada 25 hari bulan, gaji yang layak diterima tidak lewat daripada 1 hari bulan,
                 bulan yang berikutnya.

           2.    Pendahuluan gaji

                 Pendahuluan gaji boleh dibuat beberapa kali setahun bergantung pada persetujuan antara pekerja
                 dan majikan sempena musim perayaan. Jumlah pendahuluan tidak lebih daripada gaji yang layak
                 diterima dalam satu bulan.


           3.    Potongan gaji

                 Potongan gaji tidak melebihi 50% daripada gaji sebulan. Antara sebab potongan gaji yang
                 dibenarkan ialah:
                 •  Gaji terlebih bayar oleh kesilapan majikan.
                 •  Potongan kerana pelanggaran kontrak perkhidmatan seperti cuti tanpa notis dan sebagainya.
                 •  Potongan yang dibenarkan undang-undang seperti PERKESO dan KWSP.


           4.    Tempoh waktu kerja

                 Waktu kerja merupakan fokus utama yang tertulis di dalam kontrak kerja selain daripada bayaran
                 upah. Pastikan:
                 •  Apabila bekerja selama lima jam secara berterusan, maka tempoh rehatnya adalah tidak kurang
                   dari 30 minit.
                 •  Apabila bekerja selama lapan jam secara berterusan, waktu rehatnya tidak kurang dari 45 minit.
                 •  Waktu kerja biasa ialah lapan jam sehari atau 48 jam seminggu. Jika majikan memerlukan kerja
                   lebih masa, elaun kerja lebih masa wajib dibayar.



           5.    Hari rehat                                                        Info
                 Setiap pekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya satu      Cuti Kuarantin telah diperuntukkan
                 hari rehat dalam seminggu. Hari rehat tersebut tidak semestinya   kepada pegawai yang dalam
                 jatuh pada hari Ahad.                                       perjalanan balik ke Malaysia dari
                                                                             luar negara yang ditahan di mana-
           6.    Cuti tahunan                                                mana stesen kuarantin oleh pihak
                                                                             berkuasa kesihatan pelabuhan atau
                 Bergantung pada tempoh perkhidmatan dan kontrak kerja       lapangan terbang kerana berlaku
                 yang telah disetujui oleh pekerja dan majikan.              wabak penyakit berjangkit atau
                                                                             pegawai dikurung di rumahnya
                                                                             akibat wabak penyakit berjangkit.
           7.    Cuti sakit

                 Seseorang pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar setelah mendapat pengesahan daripada
                 panel klinik yang dilantik oleh majikan. Had cuti sakit setahun adalah bergantung pada tempoh
                 perkhidmatan sebagaimana termaktub dalam Seksyen 60F (a) iaitu sekiranya pekerja tidak
                 dihospitalisasi (tidak perlu dimasukkan ke dalam hospital):
                 •  Cuti sakit 14 hari setahun jika tempoh perkhidmatan kurang dari dua tahun.
                 •  Cuti sakit 18 hari setahun jika tempoh perkhidmatan melebihi dua tahun tetapi kurang dari
                   lima tahun.
                 •  Cuti sakit 20 hari jika tempoh perkhidmatan melebihi lima tahun.



              24
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35