Page 80 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 80
Alatan
Mangkuk Sudu Pisau Papan pemotong Scrapper Dulang Penimbang digital Mesin penghancur
daging (Mincer) Mesin pembancuh dan pencincang daging (Bowl chopper) Mesin penghiris daging (Meat
slicer) Plastik High – Density Polyethylene (HDPE) Pemateri vakum (Vacuum sealer) Peti sejuk beku (Freezer)
Bahan dan alatan pembersihan Perlengkapan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment-PPE)
Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus
Bahan
Bahan Mentah Fungsi
Daging kisar Bahan utama pemprosesan bebola kebab daging lembu.
Premix Memberi rasa dan tekstur kepada bebola kebab daging lembu.
Alatan
Peralatan Fungsi
Mangkuk Mengisi bahan mentah dan daging yang telah dihancurkan.
Sudu Alat untuk menyukat dan mengacau.
Pisau Memotong daging dan lemak.
Papan pemotong Mengalas daging dan lemak semasa proses memotong.
Scrapper Sebagai alat untuk memasukkan premix.
Dulang Menyusun bebola kebab daging lembu semasa proses pembekuan.
Penimbang digital Menimbang bahan mentah.
Mesin penghancur daging (Mincer) Menghancurkan daging dan lemak.
Mesin pembancuh dan pencincang Mencincang dan mengadun daging serta lemak.
daging (Bowl chopper)
Mesin penghiris daging (Meat slicer) Memotong daging beku.
Pemateri vakum (Vacuum sealer) Memateri plastik pembungkus secara vakum.
Peti sejuk beku (Freezer) Menyimpan produk siap.
Bahan dan alatan pembersihan Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.
Perlengkapan Perlindungan Peribadi Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
(Personal Protective Equipment -PPE)
Bahan Pembungkus
Bahan Pembungkusan Fungsi
Plastik High – Density Polyethylene (HDPE) Membungkus bebola kebab daging lembu.
74

