Page 85 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 85
Jawab soalan yang berikut.
1. Nyatakan tiga bahan untuk penghasilan premix bebola kebab daging lembu.
2. Senaraikan tiga jenis mesin yang digunakan untuk memproses bebola kebab daging lembu.
3. Berikut adalah sebahagian proses menghasilkan produk bebola kebab daging lembu. Tanda (✓) bagi
pernyataan langkah kerja yang betul dan (✗) bagi pernyataan langkah kerja yang tidak berkaitan dalam
ruang jawapan yang disediakan.
Langkah Kerja Ruang Jawapan
Kisar daging dengan menggunakan mesin pengisar.
Gaul daging kisar dengan premix menggunakan mesin pengadun.
Simpan bebola kebab daging di dalam peti sejuk beku.
Timbang bebola kebab daging seberat 20 g dan susun di atas dulang.
Goreng bebola kebab daging sebelum disusun di dalam plastik HDPE.
4. Nyatakan suhu penyimpanan bebola kebab daging lembu selepas dibungkus.
5. Berdasarkan jadual di bawah, hitungkan
Perkara Bahan Kuantiti Harga (RM)
Daging kisar 500 g 15.00
Kos Bahan
Premix 56 g 1.00
Kos Upah RM5.00
Kos Overhed RM2.00
Formulasi ini menghasilkan 500 g bebola kebab daging lembu.
(a) Kos bahan untuk menghasilkan 2 kg bebola kebab daging lembu.
(b) Kos projek bagi 2 kg bebola kebab daging lembu.
(c) Harga jualan 2 kg bebola kebab daging lembu, sekiranya anda ingin memperoleh keuntungan
sebanyak 20%. KBAT
(d) Cadangkan dua cara untuk meningkatkan keuntungan jualan bebola kebab daging lembu.
79

