Page 329 - BUKU TEKS SK T4
P. 329

5  Mengembangkan  aktiviti dan menambahkan pengalaman
                                           manusia—Infrastruktur teknologi  bagi satu kawasan yang baharu
                                           akan dibangunkan untuk memberikan peluang kepada manusia yang
                                           ingin mengembangkan aktiviti dan menambahkan pengalaman dalam
                                           kehidupan mereka.

                                         6  Pengkomputeran  sosial—Arus perkembangan  laman sesawang
                                           menjana persekitaran interaktif sosial untuk mewujudkan peluang
                                           berkomunikasi atau perhubungan  sosial antara manusia. Manusia
                                           tidak akan berinteraksi dengan mesin atau komputer sahaja, malahan
                                           manusia akan berinteraksi dengan manusia yang lain melalui
                                           penggunaan komputer.






                                         3.1.2    Menilai Produk Interaktif

                                                  Berdasarkan Tujuan dan
                Inovasi Sains
                  Komputer                        Prinsip Asas Reka Bentuk

                                                  Interaktif



                                       Setiap produk yang dibangunkan perlu dinilai supaya produk itu dapat
                                       memberi kepuasan kepada pengguna. Sebagai pengguna yang bijaksana
               goo.gl/THbgO8           pula, pengguna haruslah mengetahui bagaimana untuk menilai sesuatu
               Video ini menunjukkan   produk interaktif. Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menilai
               perbezaan hubungan      sesuatu produk interaktif seperti kaedah temu bual, pemerhatian, soal
               interaksi manusia dengan
               komputer pada zaman     selidik, perbincangan ahli kumpulan, refleksi dan sebagainya.
               dahulu, masa kini dan       Antara produk interaktif yang boleh diambil untuk dinilai ialah
               masa akan datang.
                                       Facebook. Sebelum menilai produk ini, pengguna perlu tahu apakah tujuan
                                       dan keperluan bagi menggunakan laman  Facebook ini.  Antara tujuan
                                       utama menggunakan laman ini adalah untuk berkomunikasi dengan rakan
                                       yang  baharu  dan  rakan  yang  lama  dari  seluruh  dunia  serta  berkongsi
                                       pelbagai perkara dan isu. Di samping itu, ada juga pengguna yang suka
                                       untuk menggunakan laman  Facebook bagi mendapatkan populariti,
                                       menyebarkan pengaruh positif atau negatif, memberikan tip dan ilmu
                                       pengetahuan dan sebagainya yang bergantung kepada niat pengguna
                                       itu sendiri.
                                           Berdasarkan pada laman Facebook, salah satu kaedah penilaian yang
                                       boleh  digunakan  ialah  dengan  kaedah  soal  selidik  di  mana  pengguna
                                       boleh menilai kebolehgunaan produk tersebut berdasarkan prinsip asas
                                       reka bentuk seperti Jadual 3.1.


                        Sains Komputer Tingkatan 4
                320
   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333   334