Page 335 - BUKU TEKS SK T4
P. 335
STANDARD Paparan dan Reka Bentuk
KANDUNGAN
3.2 Skrin
Kehidupan manusia kini bergantung lebih kepada penggunaan produk interaktif.
Untuk tujuan itu, pembangun bagi produk interaktif perlu mereka bentuk
STANDARD PEMBELAJARAN
“antara muka” pengguna yang mesra pengguna, mudah, menyeronokkan dan
3.2.1 Mengaplikasi fleksibel. Contoh produk interaktif yang biasa digunakan ialah seperti telefon
proses reka bentuk bimbit, mesin pengeluaran wang automatik (Automated Teller Machine ), mesin
interaksi dalam atur cara pembelian tiket tren dan sebagainya.
yang dibangunkan
3.2.2 Menghasilkan
prototaip paparan dan
reka bentuk skrin
3.2.3 Membincangkan
laporan daripada
penilaian kuantitatif
terhadap paparan dan
reka bentuk skrin
Rajah 3.1 Contoh paparan dan reka bentuk Rajah 3.2 Contoh paparan dan reka
skrin telefon bimbit berasaskan bentuk skrin laman sesawang
sistem pengoperasian Android Maybank2u
Paparan dan reka bentuk skrin memainkan peranan yang penting dalam
membangunkan sesebuah program atau perisian. Reka bentuk yang mudah
dan lengkap serta mesra pengguna perlu dititikberatkan oleh seorang
pereka bentuk skrin. Walau bagaimanapun, seorang pereka bentuk tidak
akan mendapat penyelesaian yang tepat untuk pertama kalinya. Proses
mereka bentuk paparan skrin akan melalui proses yang sama berulang kali
sehingga benar-benar menjadi produk yang baik dan menepati keperluan
pengguna. Proses reka bentuk interaksi terdiri daripada empat aktiviti
asas iaitu mewujudkan keperluan (establishing requirements), mereka
bentuk kaedah atau alternatif yang dapat memenuhi keperluan tersebut,
menghasilkan prototaip reka bentuk supaya prototaip tersebut boleh
disampaikan selari dengan keperluan produk dan membuat penilaian ke
atas reka bentuk produk tersebut.
Mengenal pasti Membangunkan Membina Membuat Penilaian
Keperluan Reka Bentuk Prototaip Reka Bentuk
Interaksi Alternatif Interaksi Interaksi Produk
Rajah 3.3 Proses reka bentuk interaksi
Sains Komputer Tingkatan 4
326

