Page 334 - BUKU TEKS SK T4
P. 334

3  Teliti situasi di bawah dan jawab soalan yang berikutnya.


                       Danial ingin mengeluarkan wang menggunakan mesin ATM. Selepas memasukkan kad dan nombor pin,
                       Danial memasukkan nilai wang yang diperlukan. Selepas beberapa minit, tiada wang dikeluarkan daripada
                       mesin. Paparan mesin pula tidak menunjukkan sebarang mesej.


                     Berdasarkan situasi di atas, mesin tidak melaksanakan tugas dan tidak memberikan tindak balas
                     kepada permintaan Danial. Oleh itu, kenal pasti beberapa masalah dan prinsip yang tidak dipatuhi
                     oleh mesin ATM di atas. Berikan cadangan penambahbaikan supaya masalah ini tidak berulang lagi.
                     Jawapan anda hendaklah diisi di dalam jadual di bawah.

                      Prinsip yang berkaitan

                      Isu / Masalah yang dikenal pasti
                      Cadangan penambahbaikan


                   4  Dengan menggunakan peta i-Think dan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan kepentingan prinsip
                     asas reka bentuk dalam pembangunan aplikasi. Anda boleh jelaskan dengan contoh-contoh yang
                     sesuai.

                   5  Guru Sains Komputer anda memberikan tugasan untuk membina satu permainan ringkas bertajuk
                     Mari Mengeja yang dikhususkan untuk murid prasekolah. Dengan menggunakan prinsip asas reka
                     bentuk interaktif, jelaskan elemen dan keperluan untuk membina permainan tersebut. Selepas
                     itu, bandingkan jawapan anda dengan jawapan rakan yang lain. Buat penilaian terhadap jawapan
                     mereka dan justifikasikan penilaian anda tersebut.

                   6  Pilih satu aplikasi berikut dan buat penilaian produk interaktif terhadap aplikasi yang dipilih.

                                                  WeChat, Instagram, Twitter

                     Berdasarkan penilaian anda, jawab soalan yang berikut:
                     (a)  Apakah tujuan aplikasi ini digunakan? Bagaimanakah pengguna menggunakan aplikasi ini?
                     (b)  Huraikan sama ada aplikasi ini membangkitkan respons emosi anda?
                     (c)  Jika respons emosi anda adalah negatif, apakah cadangan penambahbaikan untuk menjadi
                        lebih positif? Apakah yang akan anda ubah bagi membolehkan aplikasi ini boleh diharapkan,
                        boleh dipercayai dan meyakinkan untuk menghasilkan respons emosi yang lebih positif?





















                                                               BAB 3 INTERAKSI MANUSIA DAN KOMPUTER
                                                                                                  325
   329   330   331   332   333   334   335   336   337   338   339