Page 181 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 181
Persepsi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Definisi Designomic Selepas mempelajari subtajuk ini,
murid dapat menjelaskan melalui
Designomic ialah gabungan perkataan design (seni reka) dan perbincangan tentang:
economic (ekonomi) yang mempunyai ciri-ciri kebolehgunaan • Definisi designomic
dan kebolehpasaran pada rekaan sesuatu produk atau karya • Tujuan aplikasi designomic
seni visual. Pereka, pelukis atau pandai kraf berkongsi satu dalam proses pembentukan
bentuk pemikiran, perasaan, pengalaman dan visi yang baharu karya
dalam proses rekaan. • Kaedah pembentukan dan
proses perkembangan
Tujuan Aplikasi Designomic designomic
Designomic sesuatu rekaan memperlihatkan daya tarikan yang
tinggi melalui ciri-ciri keunikan dan kelainan pada rekaan yang
dihasilkan bagi tujuan keusahawanan. Dalam keunikan tersebut,
terdapat daya tarikan dan fungsi yang tersendiri. Misalnya, rekaan
dalam gambar foto 17.1 yang menunjukkan rekaan kerusi yang
unik dan berfungsi.
Layari laman sesawang
berikut untuk mengetahui
lebih lanjut tentang
prinsip Universal Design:
https://goo.
gl/85bCmi
Gambar foto 17.1 Contoh rekaan kerusi yang mempunyai
ciri-ciri designomic
Kaedah Pembentukan dan Proses Perkembangan
Designomic
Kaedah designomic adalah berbeza-beza antara seni halus, seni
reka dan seni kraf. Kaedah ini terkandung dalam Teori Reka
Bentuk Sejagat (Universal Design Theory) yang menggariskan
tujuh prinsip utama. Prinsip-prinsip tersebut adalah mampu guna,
fleksibel, penggunaan mudah dan intuitif, daya penyampaian
maklumat mudah, kesilapan minimum, rendah keupayaan
fizikal dan kesesuaian dan kecukupan saiz serta ruang.
Designomic dalam karya seni halus merujuk kepada
kemahiran, keunikan dan aplikasi unsur seni reka dalam hasil
karya mereka. Contohnya, seni decoupage yang mengaplikasikan
teknik catan dan kolaj sebagai hiasan yang biasanya dihasilkan
pada kertas atau kanvas. Hasil karya yang sempurna mampu
meningkatkan designomic sesebuah hasil karya seni. Gambar foto 17.2 Seni decoupage
175

