Page 180 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 180

T A  JUK                        DESIGNOMIC
                TAJUK
                           17














               Pernahkah anda melihat daun getah? Pada
               asasnya, daun ini tiada nilai dan tidak menarik.
               Namun, tahukah anda bahawa daun getah ini
               boleh ditransformasi menjadi suatu produk yang
               menarik, unik dan bernilai? Perubahan sesuatu
               bahan daripada kegunaan biasa kepada kegunaan
               kreatif, unik dan baharu dinamakan designomic,
               iaitu sesuatu yang mempunyai nilai kebolehgunaan
               dan kebolehpasaran.

























                Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan:
                •  memahami teori designomic dalam proses
                  pembentukan karya
                •  mengeksplorasi dan mengaplikasi kaedah
                  pembentukan dan perkembangan designomic
                •  menzahirkan idea dan konsep melalui pelbagai
                  sumber dan teknologi dalam penjanaan tugasan
                  designomic
                •  menghayati hasil karya Seni Visual berpandukan
                  teori dan pemahaman tentang designomic



                                                         174
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185